Follower

Friday, December 23, 2011

CONGKAK: TEWAS BERMARUAH


Assalamualaikum wbt..

Bersiaran dari rumah.. Jam 12.15 tengahri tadi terus start kereta balik rumah. Semata-mata nak update blog tuu..  (Adakah ini bermakna Ibu Yusuf dan Maryam semakain tegar berblog? Macam belum.. Hihihi..) Ehh, tak adalah. Ibu balik dengan tujuan nak kemas baju sebenarnya. Ayah baru sms pagi tadi kata nak balik Terengganu petangni. Sabar ajelah..

Okey, ini adalah kesinambungan dari entry Cara-Cara Main Congkak semalam. Baca tajuk je dah tahu, ibu tak menang pun, dapat tempat ke 3 je. Tapiii...

Apa yang dimaksudkan dengan tewas bermaruah? Bunyi macam tak mengaku kalah je.. Hehehe..


 Penceritaan ibu akan merujuk carta ni ye..

Pertandingan semalam melibatkan 5 zon. Ibu mewakili zon 2 yang merupakan gabungan di antara Daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang. Setiap zon diwakili oleh 3 peserta. Maknanya, selain ibu ada 2 lagi peserta mewakili zon 2.

Setiap wakil zon akan berentap dengan setiap seorang wakil zon yang lain. Maknanya, seorang pemain akan bermain 4 pusingan setiap seorang.

Sukacita dimaklumkan, ibu Yusuf dan Maryam menang keempat-empat pusingan tu. Cuba tengok carta, zon 2 tak pernah dapat 'telur ayam' kan? Haaa.. tu yang kata bermaruah tu. Ha ha ha.. Gelak bangga ni.. Kih kih kih..

Ibu main 6 pusingan sebenarnya. 2 kali lagi tu menggantikan peserta daerah Sepang yang hilang. Ehh..bukan hilang, tapi dia ni main game lain juga selain congkak. Tu yang susah tu. Kalau tak ganti, kira pasukan lawan menang tanpa bertanding pula.

Sebenarnya, tak kisahlah menang atau kalah pun. Yang penting semangat bersukan dan jalinan persahabatan sesama peserta tu yang penting.


Haaa.. Dah ada gambar congkak sendiri. Gambar semalam pinjam gambar orang lain..

Ps: Ibu tak main tipu tau, jujur tau!! 




11 comments:

  1. Wah! Mesti terror main congkak ni.
    Takpe, walau kalah, semangat bertanding tu yang penting kan..:)

    ReplyDelete
  2. boleh release tension kan..hehehe

    ReplyDelete
  3. dah lama tak main congkak. dulu ada beli congkak bila pindah rumah tak bawa pun congkak tu. biasalah kalah menang tp kalau menang lg seronokkan

    ReplyDelete
  4. Seronok juga sesekali mengingati nostalgia permainan rakyat. Baguslah... tempat kakak tak ada. Utk anak-anak adalah...

    ReplyDelete
  5. wah memang teror!mmg kalah bermaruah..hehe setuju semangat kesukanan dan ukhwah tu yg lebih pnting..:)

    ReplyDelete
  6. reringat kat congkak kat umah yang dah digantung, nak bermain takut bamlom terambik masuk mulut gulinya..huhu

    ReplyDelete
  7. akak pandai main congkak eh? saya tak pandai...tapi main batu seremban pandailah hihi

    ReplyDelete
  8. hehehe... ok la tu tak main tipu.

    ReplyDelete
  9. hehe... suka baca tajuk entri ni. Lebih baik tewas dengan maruah dari menang tanpa maruah...:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...