Follower

Monday, December 19, 2011

Ikan Bakar Portugis


Ikan Bakar Portugis hasil air tangan ibu Yusuf dan Maryam


Sila abaikan rupa parasnya yang comot, sila abaikan gambar yang kabur.. tapi sesungguhnya ini adalah ikan bakar yang saaaaaangat sedap!! Sila beri laluan untuk ibu Yusuf perasan sendiri okey.. Kih kih kih..

Tapi betul, tak tipu. Yusuf dari mula makan sampai habis makan tak sudah-sudah kata, "mmm, sedap sangatla ikan ni ibu, sedapnya ibu masak...". Dia ulang banyak kali tau!!

Pastu tau ayah Yusuf kata apa? "Hmm, boleh bukak kedai ikan bakar kalau macamni". Hihi.. Kembang kempis hidung tak berapa mancungni kena puji.

Ibu buat ikan ni sebaik sahaja balik dari bercuti di Tanjung Bidara tempoh hari, gara-gara keciwa dengan ikan bakar di SINI. Jadi ibu dengan bersungguh hati nak menebus kekecewaan tu dengan air tangan sendiri. Jangan tak tahu, ibu Yusuf kalau kata dia nak buat dia akan buat. Walaupun penat dan tak larat..

Resepi asal ibu ambil di blog Jom Masak-Masak tapi ibu olah dengan apa bahan yang ada di rumah. Ada yang ibu tak letak dan ada yang ibu sengaja tambah. Rasanya sangat-sangat tidak mengecewakan. Ibu kongsikan di sini resepinya.

Resepi Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahanya:

4 ekor ikan cencaru
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu teh garam halus
1 sudu makan gula
1 kiub tom yam 
1 sudu makan cili giling
3 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak bawang putih (3 ulas bawang putih ditumbuk dan di goreng dengan minyak)
Aluminium foil
(Resepi asal ada buah keras)

Cara-caranya:

Kisar semua bahan kecuali daun limau purut dan minyak bawang putih hingga lumat. Gaulkan ikan  bersamabahan kisar, minyak bawang putih dan daun limau purut yang dihiris halus. Bungkus dengan aluminium foil dan bakar di atas api atau di dalam oven.

Sedia untuk dihidangkan.

Pesanan ibu Yusuf:

1. Lagi banyak letak bahan-bahannya lagilah sedap.

2. Bungkus ikan kemas-kemas kalau tak nak dapur comot. Sebab kemungkinan air dari bahan-bahan akan meleleh ketika diterbalikkan.

Resepi yang senang dan sedap banget!! Selamat mencuba!!



11 comments:

  1. sedapnya ibu! sy lah pnenggemar ikan cencaru bakar! hihi.

    ReplyDelete
  2. tak kisahlah comot yang penting rasanyaa..boleh cuba nanti ni, tq ibu yusuf..

    ReplyDelete
  3. wahhhh,, nampak sedap ikan bakar portugis, kalau nani nak wat kan, nani suka wat ikan pari.. it's my feveret.. :) nyum nyum..

    ReplyDelete
  4. yus percaya ianya sedap..:)

    yus pun selalu gak buat ikan bakar macam ni...:)

    ReplyDelete
  5. sy sgt percaya ianya sgt sedap.budak2 tak tahu menipu.hehe..

    ReplyDelete
  6. Warna merahnya sangat menggoda jiwa. Perahkan sedikit limau kasturi....:)

    ReplyDelete
  7. comot tak bermaksud tak sedap. banyak resepi boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  8. slm kenal..sy fllw sini sbb terpesona dgn resepi ni...nmpak simple..pasni nk try la..tq for sharing...

    klau sudi, jom fllw balik & berkenal2....

    http://eirza.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Thank you ibu Yusuf!
    Feels great huh when we can cook good food for the family..
    u've just gave me an idea what to do with my ikan cencaru @ dlm freezer tu..
    selalunya buat sumbat goreng jer :-D

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...