Follower

Wednesday, December 28, 2011

PINDAAN KE ATAS SBPA


Assalamualaikum wbt..

Harini dah 28 Disember.. mmmm, markah anak-anak buah tak bagi lagi. Ayah pun geleng kepala, dia kata Jabatan dia dah siap lama dah. Bukan saje-saje nak lambat-lambatkan tugas. Tapi tunggu arahan dari bos dulu. Bos kata nanti dulu.. Ibu ikut arahan je. Ibu ni PPP je.. Oh ya, SBPA dah ada pindaan. Ibu kongsikan di sini.. :D

JPA, Cuepacs Lakukan Beberapa Pindaan Segera Tambah Baik SBPA
 
Sumber: SINI

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.
Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.

"Taklimat hari ini melihat cadangan Cuepacs ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA pada Selasa.

Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis Cuepacs menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Cuepacs dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu. Omar berkata Cuepacs menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.

"Rundingan hari ini merupakan satu penambahbaikan dan (ia) menyakinkan kita.... Cuepacs menerima SBPA dan ia diputuskan Kongres sebentar tadi," katanya. Beliau juga berkata JPA dan Cuepacs setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini. - BERNAMA



9 comments:

  1. info yg menarik....tq sharing:)

    ReplyDelete
  2. t.ksh atas perkongsian kak :)

    saya pun tak isi lagi yg SKT hehe

    ReplyDelete
  3. mesti ramai yang menarik nafas lega...

    apa pun exit policy tu bagus juga kan, supaya lebih ramai kakitangan yang tak buat kerja sambil lewa, takdelah orang cop pekerja di jabatan kerajaan ni kerja tak betul lagi.

    ReplyDelete
  4. ada baiknya juga perubahan ni..wuuu

    ira tunggu posting..nt terus je ikut sbpa ni ye x?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih berkongsi info..:))

    ReplyDelete
  6. skt dh setel...
    sbpa baru nk sign sok..hehe

    ReplyDelete
  7. ada masa lagi nak pikir....tapi akak dah sign....

    ReplyDelete
  8. Aduh.. Nida masih samar-samar lagi ni mengenai SBPA. Kerani sekolah suruh tandatangan secepat mungkin, tapi Nida masih tak faham.. tapi terpaksalah juga sebab depa nak cepat.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...