Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selasa muncul lagi.. Sekejap sungguh rasanya masa berlalu. Hinggakan sehari bagai tidak kecukupan 24jam anugerah Ilahi. Maka ibu Yusuf mula bertanya pada diri sendiri; adakah aku yang tak pandai mengurus masa? Mungkin ya..
Semalam seharian tidak langsung dapat menjengah Jemari Asmara. Komen teman-teman pun baru pagi tadi dapat ibu publishkan. Maaf buat semua, BW pun ibu tak berkesampatan. Aduhai.. Macam manalah UV Jemari Asmara nak naik kalau begini keadaannya. Huhu.. Sabar ajelah..
Ibu kian kekeringan idea mahu menulis. Godek punya godek jumpa pic juadah makan malam kami beberapa hari yang lepas. Hehe.. Ibu tepek ajelah yang itu ye..
Ikan cencaru masak taucu Jemari Asmara
Ibu kongsikan resepinya di sini. Ini cara ibu Yusuf lah ya, mungkin orang lain, lain caranya.. :D
RESEPI IKAN CENCARU MASAK TAUCU
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan cencaru (digoreng)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk/ ditumbuk/ dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
5 biji cili padi (dipotong 2)
2 sudu besar taucu
1 sudu makan gula
2 inci timun (dipotong dan dibuang tengahnya)
1 biji tomato dipotong ikut suka
Minya untuk menumis
1/2 cawan air
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau.
2. Masukkan taucu, gula dan air. Lebihkan air sekiranya suka kuah lebih. Biarkan hingga menggelegak.
3. Masukkan timun dan tomato. Biarkan sebentar, tutup api dan curah atas ikan.
4. Sedia untuk dihidangkan..
Nota ibu:
Ibu tak letak garam sebab taucu tu dah masin. Ibu letak gula untuk untuk 'cover' rasa masin taucu dan untuk mengelakkan pedas cili padi tu tangkap dihidung. Err.. ibu tak tau nak terangkan macammana, kalau orang jawa cakap 'nyegrok'. Hi hi..
Ps: Sama tak dengan cara kawan-kawan semua?
percaya tak sy tak pernah buat masak taucu?hehe..sy dan en suami klu tak sambal msti msk kicap..dua tu japeberet..haha..
ReplyDeletewoo begitu caranya ye..klu nak buat nti sy godek2 kt sini..:)
saya juga tak pernah masak taucu..tapi bagus gak akak share resipi kat sini, kot satu hari nanti saya boleh cuba ke kan..
ReplyDeletesedapnya ibu... dah lama izan tak makan ikan masak taucu ni. beberapa hari lepas pun nampak kat tv masak camni...terliur dah ni...
ReplyDeleteohhh...ibu pun org jawa juga ye... sekapal lah kita ye...
sedapnye..
ReplyDeletelady pernah makan.. tp x pernah masak.. huhuhu..
sedap ni kak.mmg izan suka sgt taucu.betul akak kata,xperlu letak garam dah..sbb dah masin taucu tu =)
ReplyDeletesedap nyerr..
ReplyDeletesedapnya... ikan masak taucu ni
ReplyDeletelebih kurang je cara masaknya..
ReplyDeletekakyong lebih suka tumbuk semua bahan2.. tp ayahnde kakyong dia suka semua bhn2 dihiris.. ;)
Sudah tentu kakak tahu nyegrok tu...angger numis lombok rawit wes pasti nyegrok tapi enak. Hahaha.... faham ke tak kalau tak kena tanyalah kawan keliling yg tahu:)
ReplyDeleteUmmi pun tak nah masak..mekasih for resepi ..:))
ReplyDeletex penah masuk taucu ni.. selalunya sy suka bakar je ikan cencaru nih..
ReplyDeletesedapnya.....akak tak pernah buat sndiri...biasanya makan yg mak buat jer...
ReplyDeleteikan masak taucu.. fav norsi neh. Lama dah tak makan ni sbb en big boss tak berapa suka.
ReplyDeleteterliur tgk cencaru masak taucu zefa. kena buat ni (^_^)
terliur la tgk ikan tu..tiba2 rasa lapar..Thanks 4 sharing....
ReplyDeletelama tak masak taucu
ReplyDeleteDah lama sangat tak makan ikan cencaru.. di sini tiada... Nida jarang masak guna taucu, sebab tak berapa pandai nak makan taucu tu..hehehe
ReplyDeleteRajinnya memasak....
ReplyDeleteguna taucu apa? d psrn ada byk jns taucu
ReplyDeletetaucu pedas
taucu masin
dll
Saya guna taucu masin cap tamin cik jah sayang.. owh, ada yg pedas ye? Hehe.. tak pernah jumpa yg pedas..
DeleteHurmm...mcm nak try...mntk2 jadi la..eheehehee
ReplyDelete