Follower

Thursday, October 27, 2011

Kek Lapis Chese Persona

Assalamualaikum wbt

Selepas kegagalan rupa paras kek yang sama pada n3 INI, dengan bangganya ibu Yusuf dan Maryam mempersembahkan..

v

v

 Kek Lapis Cheese Persona versi menjadi.. :D (sila abaikan batu batanya yang senget benget..)


Ibu taburkan coklat urai warna warni di atasnya.. (ikut idea seseorang tapi ibu dah lupa blog siapa..)

Ibu kongsikan resepinya di sini..


KEK LAPIS CHEESE PERSONA
 
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus
Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.  



Nota ibu:

- Ibu gunakan separuh adunan sahaja
- Ibu tak panaskan pun susu sebab takut biskut terlembik mcm kes yang mula-mula dulu
- Ibu guna Biskut Marie Julies sebab terbeli Biskut jenama Lee yang dah tamat tarikh luput (kes cuai masa beli barang)
- Rasa biskut Marie Julies tidak menyerlah dan tenggelam dengan rasa cheese yang lebih power
- Cubaan kali pertama ibu dengan menggunakan biskut Tiger adalah lebih sedap walaupun rupa paras tak menjadi
- Lain kali ibu nak cuba lagi tapi guna biskut Tiger, tapi mesti pastkan rupanya menjadi!!



Ps: Hari ni ibu kurang bekesempatan untuk BW. Buat teman-teman, insyaAllah ibu akan slow-slow BW blog anda semuanya.. :D

9 comments:

  1. kak...sedapnya kek tu. nak cuba buat, tapi sedikit mls nka ke kedai beli cheese tu huhu

    ReplyDelete
  2. alamak!! cantiknya zefa. tahniah :-)

    p/s; gara2 kek ni la yea hand mixer sampai ajal hiihii...takpe nak kena yg baru la tu :-)

    ReplyDelete
  3. wah..hebat la..tak pyh susah2 nak beli kan?

    ReplyDelete
  4. bestnyeee..bilelah nk menjejaki ibu yusof maryam yg hebat ni..kite tak reti n jenis takut mencube heheh

    p/s: alasan banyak je hehe

    ReplyDelete
  5. nampak pun dah tau sedap..hehe

    nak cuba buat tp cheese cream tu ssh nak carik,kena pegi pasaraya..

    walaupun dekat jarang pegi pasal nti terlebh beli benda yg tak sepatutnya.tu ja cara nak berjimat dlm berbelanja..huhu

    ReplyDelete
  6. Kakak macam teringin nak buat cuti Raya Haji ini sebab seluruh keluarga kakak berkumpul di rumah kakak.

    ReplyDelete
  7. kak zefa,kalau adamasa buatlah ekk.sy tag http://www.puankutu.com/2011/10/anak.html

    ReplyDelete
  8. macam sedap je. nak cuba jugak la.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...