Follower

Wednesday, October 12, 2011

Mud Night Tracking @ El Azhar, Morib

Assalamualaikum wbt..

Rakaman kenangan ibu joint Mud Night Tracking, salah satu aktiviti dalam Kem SMART yang ibu selaraskan. Semua gambar hitam-hitam sahaja sebab gelap. Semua dilarang bawa lampu suluh. Flash je lah penyelamatnya.


Taklimat oleh jurulatih. Masani dah 11.00 pm ++

 
Suasana gelap dan hujan renyai-renyai. Bulan mngembang pun tak nampak tersorok di balik awan gelap.. Masani semua peserta dah turun ke selut bersama jurulatih..


Team urusetia masih tak gerak.. Puan penyelaras main hentam je pakai, baju hijau tudung merah. Hehe.. Lawa je kan? Masa gambar ni diambil puan penyelaras tengah menjerit; "Semua urusetia turun. Sekarangggggggggg!!" Anak-anak buah tension je kalau mem dorang dah start jerit perkataan 'sekarang' tu.

 
"Jom! Jom! Turun semua. Tak ada yang terkecuali kecuali 4 orang yang saya dah sebut tadi!" Apapun, mereka adalah team yang sangat bagus. Sedia menerima arahan dan saling membantu antara satu sama lain. Menjadi seorang penyelaras bukannya mudah, bukan sahaja team peserta menjadi tanggungjawab, tapi team urusetia pun di bawah tanggungjawab penyelaras. Ada sekalitu, jam 5.00am lebih ibu redah gelap buka dewan cari ubat sebab seorang urusetia tak sihat. Dah namapun tanggungjawab.. :D

Baju sama kaler dengan pokok. Nampak tak puan penyelaras kat celah mana? Hehe..

 
Masani dah sampai tepi pantai.. Gambar diambil dari atas jeti. Masa redah selut tu ibu tak berani bawa kamera. Takut terjatuh je. Ibu tinggalkan kamera pada urusetia yang tak ikut turun..

Gambaran keseluruhan, aktiviti ini sangat menarik. Gelap dan main redah je.. Yang kelakarnya, semua orang sampai paras atas lutut je. Ibu yang tak berapa nak tinggini tenggelam sampai paras peha. Susah wooo nak jalan.. Ada beberapa kejadian yang sampai sekarang ibu nak tergelak-gelak bila teringatkannya. Tapi, biarlah rahsia. Kih kih kih..

Satu lagi kenangan manis dala kerjaya ibu.. :D

Ps: Kawan-kawan pernah buat tak redah lumpur ni?

7 comments:

  1. kejadian apa yang sampai nak tergelak tu.. share lah sikit.. jgn rahsia2 plak.. :P.. eheheh..

    heheh.. redah lumpur memalam plak tu.. kang ade yang terpijak yg tak sepatutnya.. kkakakakakka

    ReplyDelete
  2. tringat masa dikolej....penat ttp menyeronokkan...

    ReplyDelete
  3. BSB: mmg syok! bab basuh baju tak syok.. hehe..

    Jassani: secret la.. haha.. alhamdulillah tak ada apa2 hari tu..

    Nza: masa belajar sy tak berpeluang semuani.. bila dah keja kena buat program utk anak2 bangsa.. :D

    ReplyDelete
  4. Bestnyer, kalo mummy ada, mesti joint sama :)

    ReplyDelete
  5. MB: mesti best! mummy, rindu la sama kamu.. huhu..

    ReplyDelete
  6. Same goes to me..miss u all time. Keadaan kesihatan tidak mengizinkan mummy berhadapan dengan komputer sekarang..Sekadar jenguk2 blog ibu dan tiada penumpuan ;(

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...