Follower

Saturday, October 1, 2011

Mochi (Japanese Rice Cake)

Assalamualaikum wbt..

Pagi tadi ibu buat n3 tentang dorayaki, sejenis makanan dari Jepun. Tapi tak adalah sampai tahap teringin, cuma rasa teringin tu muncul pada benda lain masa ibu ke kedai tadi. Dan ibu pun beli...... Apa? Ini haaa...

v
v

v


Mochi atau Japanese Rise Cake... Pic ni ori dari kamera ibu tau, pagi tadi je minta ehsan en. google.. :D


Ibu copy maklumat tentang Mochi dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Mochi


Mochi (Bahasa Cina: 麻糬; Bahasa Jepun: ) adalah kuih Jepun yang terbuat dari beras, ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudian dibentuk menjadi bulat. Di Jepun, kuih ini sering dibuat dan dimakan ketika menyambut perayaan tradisional mochitsuki atau perayaan tahun baru Jepun. Namun, jenis kuih ini dijual dan dapat diperoleh di kedai-kedai kuih sepanjang tahun.

***********************
Mochi yang ibu beli ada dua perisa. Satu inti kacang merah, satu lagu perisa pandan. Ibu tak pasti apa intinya, tetapi sesuatu yang berwarna hijau dan rasa pandan.
Rasanya manis dan agak kenyal-kenyal.. Cuma ibu rasa sedap lagi buah melaka. Haha.. (mulut Melayu betullah).

Bercakap tentang mulut Melayu, ibu ada beberapa orang kawan yang langsung taknak mencuba langsung makanan yang mereka rasa pelik. Contohnya macam mochi lah, asal dari Jepun. Bagi ibu, ibu tak kisah dan suka mencuba.

Tapi, apa-apa pun mesti HALAL tau!!

Ps: Teringin nak makan sushi, tak pernah makan walau sekali sebab tak pernah jumpa lagi yang ada tanda halal. Tahu tak kat mana sushi ada tanda halal?

4 comments:

  1. Ifa: okeyla rasanya, tp best lg kuih melayyu la.. :D

    ReplyDelete
  2. izan pun bygkan kuih buah melaka..rasanya penah mkn ni tp tak tahu nama..skrg akak dh bgtahu hehe...

    izan pun tak pasti kat mana nak cari sushi halal..tp kat carrefour tu kalau tak silap ada tanda halal..eh,ke perasaan izan je ek?huhu

    ReplyDelete
  3. kite pun same tak penh kak..kak zefa buatlah pos sini..sushi versi malaysie jemari asmara homde!

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...