Follower

Monday, October 24, 2011

Isi Ayam Masam Manis



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Chicken sweet and sour
Hidangan kami malam ini.. Isi ayam masam manis.. :D


Sebenarnya hasrat nak masak hidangan ni sejak minggu lepas lagi. Inspirasi tercetus masa singgah blog Cik Ina Do Do Ceng. Cik Ina masak Isi Ikan Masak Sos.

Kemudian, masa ibu kursus di The Heritage minggu lepas.. Ibu makan hidangan sweet sour. Hari pertama ikan sweet sour. Hari kedua ayam sweet sour. Tang ayam tu, rasanya sedikit mencetuskan semangat nak cuba masak.

Maka petang tadi, ibu realisasikan semangat tu. Ibu kongsikan resepinya di sini.. tapi ikut style ibulah ye.

RESEPI ISI AYAM MASAM MANIS

1 pinggan isi ayam dihiris nipis memanjang
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 ulas bawang putih dihiris
1cm halia dihiris nipis
5 biji cili padi (ibu tak potong atau ketuk.. anak-anak tak makan pedas)
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
Sedikit nenas
Sedikit air
Sedikit sos ikan (sebagai pengganti garam)

Cara-caranya:

1. Isi ayam digaul dengan sos ikan dan biarkan seketika

2. Golekkan isi ayam di atas tepung dan goreng sehingga masak. Jangan terlalu garing kerana isi ayam akan menjadi keras. Ketepikan..

3. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan sos, kacau dan biar seketika. Masukkan sedikt air, gula dan sos ikan. (Ibu tak masukkan air sebab ikut style yang ibu makan kat hotel tu.. )

4. Akhir sekali masukkan nenas dan isi ayam yang telah digoreng. Siap!!

*  Sos ikan tu boleh juga guna kicap cair juga sebenarnya, tapi rasa sos ikan lebih 'menyengat'.

Selamat mencuba!!

Ps: Untuk resepi sebenar, google la ye.. Ibu cedok sana sini dan realisasikan dengan cara sendiri.. :D

8 comments:

  1. yuummy!! Kita pulak kalo masak ambik resepi orang, kalo boleh sebijik nak ikut mcm orang punya. Kalau tak cukup 1 ingredients terus patah hati nak buat hehee..Konon takut tak menjadi mcm yg org lain buat. payah jugak kalo cam ni kaann...

    ReplyDelete
  2. Wahhhhhhhhhh!! Kita baru makan minggu lepas, tapi kat kedailah.. hik2, len kali bleh try guna resepi ibu.. mekasih, ibu..

    ReplyDelete
  3. wah.. mcm best ni.. sy xprnah try ayam mak sweet sour.. blh try nih.. hihii

    thanks kongsi resepi tau.. sy suri rumah, kdg2 smpai ketandusan idea nk masak apa.. hihii

    ReplyDelete
  4. ala....cedapnya...buleh try resepi ni...=) yummy!

    ReplyDelete
  5. sedap nie..tp tak pernah beli sos ikan.haha..sy klu isi ayam selalu buat dendeng..sedap jugak..:)

    ReplyDelete
  6. LL: sy kalau resepi lauk berani lg durhaka, kalau resepi kuih/ kek ikut betul2 sbb takut tak jadi.. hehe..

    Neon: kak zefa suka rasanya yg masam manis.. :D

    Sari: sila2.. sy pun gabung hasil cedok sana sini dr intenet dan masak guna apa yg ada di rumah..

    ReplyDelete
  7. Mawar: nanti kalau cuba syer di blog ye.. :D

    PK; sos ikan tu beli masa buat ikan masak stim. tak habis2 lg sampai sekarang..(botol besar)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...