Follower

Thursday, October 20, 2011

Angkat Tangan Hilangkan Marah..


Assalamualaikum wbt..

Hari ini ibu ada tugasan seharian di Petaling Jaya.. Meredah kesesakan Federal Highway di waktu puncak pagi dan petang sungguh menyiksakan. Teringat kenangan beberapa tahun yang lalu masa ibu kerja di sana sebelum pindah ke Klang tahun 2008, hari-hari meredah sesak ke PJ. Sampai menangis dalam kereta pun pernah..

Bila bersesak-sesak, ada kalanya ada kesilapan  pemandu lain yang buat kita marah. Contohnya, terhimpit, memotong secara tiba-tiba, tidak mahu mengalah di kala lorong bersimpang siur dll. Bila marah, maka mula lah mulut kita 'bising' hingga kadang-kadan terkeluar bahasa kesat..

Ada kalanya kita harus faham bahawa tindakan itu bukanlah disengajakan, mungkin terdesak dek faktor jalan.. (mari kita bersangka baik)

Dan, adakala salah tu datang dari kita sendiri hingga menyebabkan kemarahan orang lain.. (manusia tak lari dari buat silap, betul tak?)

Namun sedarkah kita, dengan hanya membuat pergerakan mudah, iaitu MENGANGKAT TANGAN sebagai tanda meminta maaf, perasaan marah sesorang itu akan hilang?

Moralnya: Apa saja tindakan kita yang di jalan yang agak-agak buat orang marah, angkat la tangan. Bukan susah pun!!

Ps: Sebenarnya ibu tgh marah, tadi ramai sangat orang lalu lorong kecemasan. Ibu yang duk lorong kiri seriau je kalau tersagat sebab rapat sangat. Lepas tu masa kat Tol Batu 3, ada seorang perempuan tu potong q tapi tak angkat tangan pun..

Hehehe.. Ini n3 lepaskan stress sebenarnya. Stress wooo, pergi balik jem. Sakit kaki tau.. Huhuhu..


Sekadar gambar hiasan. Hasil carian imej google..

Pss: Setuju tak dengan pendapat ibu pasal angkat tangan tu?

9 comments:

  1. hehe teringat iklan kt radio yg dialaognya lebih kurang macam nie

    bukan susah pun nak agkt tangan..

    sebijik macam kes akk nie..:)

    ReplyDelete
  2. Akak pun setuju pasal angkat tangan tu....bila kita marah time mmndu..tiba2 orang angkat tangan...reda sikit kmrahan tu...
    Mujur jugak akak dop pekan kecil..tak de jem pun...legaaa..hihihi

    ReplyDelete
  3. sakit kaki + sakit hati yer kak hehe..

    ReplyDelete
  4. setuju... angkat tangan dan senyum, itu yg selalu akk amalkan

    ReplyDelete
  5. setuju sgt, bila tgh marah then org yg buat salah angkat tgn, sejuk balik hati..

    ReplyDelete
  6. betul kan, bila angkat tangan je, hati panas cepat sejuknya.

    ReplyDelete
  7. astagaaa..memula td eli igtkan angkat tgn utk redakan marah tu, bukan spesifik utk di jln raya hihi..igtkan tgh marah kt anak ke, tetiba angkat tgn :P

    kalau angkat tgn di jln raya, yes mmg setuju sgt..terus kita tak jadi nk marah kt org yg angkat tgn tu kan

    ReplyDelete
  8. jarang org nk angkt tgn kalau buat slh kt jlnraya. kdg2 tu sombong lg ada la...

    ReplyDelete
  9. Pernaha da pengalaman Nida angkat tangan utk hilangkan kemarahan orang.. tapi apa yang Nida dapat... middle finger dari pemandu tersebut... lawak pun ada bila ingatkan semula.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...