JAKIM Sekat Buku Panduan Seks Di Ranjang KTS
Sumber: Malaysia Kini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mengenakan tindakan ke atas Kelab Taat Suami berhubung pengedaran buku panduan seks di ranjang yang setebal 115 muka surat.
"Kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada KTS yang diketuai Hatijah Aam (isteri Assari) ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam laporan Berita Harian hari ini.
Menurut laporan itu, Jakim akan juga menyekat pengedaran buku kontroversi yang mengulas seks suami isteri secara terperinci.
Buku panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang itu, kata Jamil Khir tidak wajar kerana ia ditonjolkan dengan cara tidak beradab serta boleh mengundang tanggapan negatif.
Buku berjudul: Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia itu memaparkan gambar bekas pemimpin Al-Arqam, allahyarham Asaari Muhammad di kulitnya.
Berita Harian juga memetik Jamil Khir berkata buku itu “sebagai mengarut dan memalukan” kerana mencemar Islam. Ini bukan kali pertama KTS mencetuskan kontroversil. Pada Jun lalu, naib presidennya, Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama".
Buku terbaru itu dipercayai diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu dan hanya dijual kepada ahli atau pengikut Al-Arqam dengan harga RM50 senaskah.
************

Ps: Apa komen anda?
aduhai kenapa la jadi camtu......tujuan berumah tangga utk saling brkasih syg n brtanggung jwb, bkn utk seks semata2....
ReplyDeleteFahami tujuan dulu, tapi susah jugak nak komen pasal buku tu.
ReplyDeletesusah bila kahwin hanya utk seks..huhhu
ReplyDelete