Follower

Thursday, October 6, 2011

Resepi Puding Karamel Jagung.. :D

Assalamualaikum wbt


Ini adalah n3 autopublish

Atas permintaan sahabat-sahabat, ibu kongsikan di sini resepi Puding Karamel Jagung yang ibu dapat dari Pn M di pejabat ibu. Tapi sebelum masak, ada juga ibu intai-intai beberapa maklumat di internet..




Resepi Puding Karamel Jagung

Bahan-bahannya:

Bahan A:
4 sudu makan gula

Bahan B:
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin jagung manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan gula (mengikut citarasa manis masing-masing ye.. )

Cara-caranya:

1. Masukkan bahan A kedalam loyang (ibu guna loyang 7 1/2 inci) dan cairkan di atas api hingga keperangan. Tepikan dan sejukkan.
2. Panaskan pengukus
3. Satukan semua bahan B di dalam blender dan blend..
4. Masukkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus dan tutup loyang dengan aluminium foil
5. Panaskan pengukus dan kukus hingga masak (anggaran 40 minit)
6. Sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan.. Enak dihidang selepas keluar dari peti sejuk..

Senangkan?

* Hasil maklumat dari internet

- Pecahkan telur satu persatu dan buang sebarang bendasing yang ditemui dalam telur. Satu benda kecik dalam telur kalau tak dibuang, itulah penyebab telur terasa hanyir 

- Jangan blend adunan terlalu lama kerana adunan akan menjadi berbuih

- Untuk tahu dah masak ke belum cucuk tengah puding dengan garpu. Jika garpu bersih, maknanya dah masak.

** Anggaran masa memasak ibu tengok diinternet dalam 20 minit. tapi puding ibu masak dalam masa 40 minit dengan api yang agak besar juga.. :D 

Selamat mencuba!!

3 comments:

  1. semalam try buat gak tapi try buh roti..saja nak testing buat cam puding roti..tah..sekalinya jadik karamel bantat huhuhu..baling dinding leh melantun kot.hehehe rasa masih karamel la..xpe akan ku cuba lagi...

    ReplyDelete
  2. bukan tekak puding karamel. nampak macam sedap tp tekak tak boleh nak menelannya. huhuhu...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...