Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Hari Rabu kian menghampiri penghujungnya.. Di luar sana kata-katak sedang berpesta suara setelah seharian hujan mencurah-curah. Cuaca mendung semendung hati ibu Yusuf dan Maryam.. Terlalu banyak perkara yang bercanda dalam kotak pemikiran.
Bermula dengan risau keadaan abah.. Juga risau dengan emak. Pengalaman lepas-lepas mengisahkan emak juga akan jatuh sakit tak lama selepas abah sakit. Puncanya; kerana terlalu letih menjaga abah.
Tak habis memikirkan abah dan emak, hal anak-anak pula menerjah dalam kotak fikiran. Ibu rasa semakin jauh dengan anak-anak. Hujung minggu yang sering diragut kerjaya.. maka hanya kala malam mampu mengulit insan-insan tercinta. Namun aduhai, singkatnya masa..
Isu kerjaya pastinya satu isu yang sering buat ibu serabut. Bukan merungut.. namun adakala tak tertanggung dek tanggungjawab yang dipikul. Tahun 2011 tahun mewah bagi unit pencegahan di Jabatan Ibu. Mewah peruntukan bermakna bergandalah program-program yang perlu dilaksanakan. Sebagai pekerja yang diamanahkan untuk menngetuai unit pencegahan sudah pastinya ibu sentiasa gentar. Itu belum lagi tanggungjawab menyelia lebih 200 orang klien yang semuanya adalah pesakit.
Tiba-tiba ibu rasa mahu ketawa pula.. Apa sajalah yang ibu luahkan ini. Tapi natijahnya sedikit rasa lega meluah perasaan sendiri dalan 'diari terbuka' ibu ini..
Dalam keserabutan dan kecelaruan, alhamdulillah ibu masih mampu merasionalkan diri. Maka ilmu yang baru ibu cedok selama 3 hari 2 malam baru-baru ini ibu ambil dan aplikasikan.
Penceramah kata; "Untuk menjadi seorang yang berketerampilan, ianya tidak sahaja dilihat dari sudut luaran, namun juga akan dilihat dari sudut dalaman. Untuk menjadi seorang berketerampilan anda perlu menjenamakan diri anda"
Ibu sahut cabaran diri sediri; berketerampialan luaran dan dalaman!
Maka dengan ini diisytiharkan bahawa Zefa Nor Asmara adalah;
Ibu Yusuf dan Maryam Yang Hebat!!
Seorang ibu yang hebat tidak akan mudah kalah dengan mainan perasaannya sendiri, seorang ibu yang hebat akan sentiasa menyahut cabaran yang diberi, seorang ibu yang hebat sentiasa berkata boleh untuk sesuatu yang positif!!
Seorang ibu yang hebat akan melahirkan anak-anak yang hebat!!
Ibu yang hebat adalah ibu yang sentiasa mengejar redha Ilahi!!
Allahu Akbar!!
Semoga redha Ilahi akan sentiasa memayungi kita.. Amin ya Rabbal A'lamin.
Ps: Ini bukan n3 menunjuk-nunjuk kehebatan diri. Ini adalah n3 penyuntik semangat buat diri sendiri dan juga teman-teman. Ayuh jenamakan diri anda!!
Sebahagian dunia kerjaya ibu.. :D
ibu yusof dan maryam memang hebat! mudah2an redhoNya sentiasa mengiringai perjalanan pengembaraan seorang insan bernama zefa asmara ;)
ReplyDeleteibuintan pun nak tumpang semangat dan kehebatan ibu Yusuf dan Maryam juga
ReplyDeleteseorang ibu yg hbt. kita adalah supermom yg hmpr blh melakukan semuanya kan? hehehe...
ReplyDelete