Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Yusuf, Maryam dan Taska punya hubungan yang sangat rapat. Mereka membesar di Taska dan tidak pernah sekali pun dihantar ke rumah pengasuh ataupun dihantar pulang ke kampung. Bermula dengan Taska Afrilia di Subang Perdana selama 5 tahun kemudian berpindah ke Taska Quratul Ain di Shah Alam pada penghujung tahun 2009.
Maka selama 7 tahun ibu telah menjadi pemerhati kepada ibubapa yang menghantar anak-anak ke taska. (Juga mungkin ibubapa lain memerhatikan ibu.. ) Bermacam cara, bermacam ragam.
Tajuk di atas sedikit umum, tapi ibu nak kecilkan tentang KESELAMATAN MENGHANTAR ANAK-ANAK DARI KERETA KE DALAM TASKA.
Dulu, masa Yusuf dan Maryam sama-sama masih kecil.. Ibu dan ayah bahagi dua tanggungjawab menghantar anak ke Taska. Ayah hantar Yusuf dan ibu hantar Maryam. Jadi tak ada istilah 'tak cukup tangan' nak pegang barang dan anak.
Mengikut pemerhatian ibu, ada beberapa ibu/ bapa menghadapi masalah ' tak cukup tangan' kerana menghantar lebih seorang anak ke taska. Belum lagi bagnya, belum lagi bakulnya.
Lebih menggusarkan bila si ibu/ si bapa hantar dulu seorang anak dan barang-barang dengan meninggalkan lagi seorang anak di kereta dengan keadaan pintu kereta terbuka dan enjin tidak dimatikan.
Sangat bahaya keraana kereta hanya diletakkan di tepi jalan. Kadang-kadang bila terlalu ramai ibubapa datang serntak, maka terpaksa letak kereta jauh sedikit dari pintu pagar. Ada kala pula terpaksa letak kereta diseberang jalan.
Maka ini adalah saranan ibu:
Utamakan anak-anak dulu berbanding barang-barang. Hantar anak-anak ke dalam Taska dulu barulah ambil semula barang-barang dalam kereta.
Lagi satu, minimumkan penggunaan bag. Tak perlu banyak-banyak beg. Tak kanlah kalau 10 anak, nak hantar 10 bag ke Taska?
(lain la situasi ibu Yusuf dan Maryam sekarang, hantar beg banyak sebab guna 1 beg isi pakaian, 1 beg sekolah Maryam dan 1 beg sekolah agama Yusuf.. Kat atas tu ibu cerita untuk anak-anak yang belum sekolah..)
Sekian saranan dari Ibu Yusuf dan Maryam!!
Saya mmg x hantar anak ke taska tp ke rumah pengasuh... Beg mmg banyak bawak.. sbab satu beg isi baju Iqbaal, satu baju Zulfiqar, satu lagi EBM Zulfiqar.. Kira setakat ni ada 3 bag bawak tiap2 hari.. tapi nasib baik rumah pengasuh bukan tepi jalan raya.. so selamat sikit bila hantar anak2..
ReplyDeletesaranan yang sangat baik kak :) auni pun kalau ke nurseri, guna 1 beg aja. Lagipun dia ada laci sendiri di nurseri tu hehe.....
ReplyDeleteoh betul lah kan, selalu saya hantar anak sekali dgn beg, sebab yg besar dah boleh jalan sendiri, satu beg nurseri satu lg beg sekolah
ReplyDeletethanks for advice, next year my kids gonna go to Kindergarten..This is very good post for me!
ReplyDeleteBagus N3 ini dijadikan panduan. Kakak dah tak ada anak ke Taska lagi.
ReplyDeletedah tentu anak lg utama..brg boleh beli,anak mana nak carik?...:)
ReplyDeletetu la. patutnya hantar kesemua anak2 dulu br hantar brg kan? jdk apa2 br menyesal tak sudah.
ReplyDeleteSangat-sangat setuju apa yang disampaikan oleh Zefa... kadang2 memang betul pun, anaknya seorang tapi begnya macam nak tinggal seminggu... (metafora melampau).
ReplyDeleteTakut duk sibuk uruskan beg anak ntah kemana.. nau'zubillah
nak tanya Taska Afrilia di Subang Perdana, kat area mana? saya duk kat kg melayu subang.
ReplyDeleteTaska Afrilia letaknya di Daisy Apt.. Cuma sy lupa blog apa. Kalau dari pintu utama masuk kawasan apt, terus je. Taska tu tepi sekali..
Delete