Follower

Friday, October 7, 2011

Diari Seorang Pekerja Sosial.. 07.10.2011

Assalamualaikum wbt..

Fuhh!! (Sambil lap peluh..) Akhirnya dapat juga ibu buat n3 untuk harini. Biasanya, malam-malam ibu dah buat siap-siap n3 untuk dipublishkan esoknya. Tapi malam tadi ngantuk banget. Bila dah ngantuk tak ada idea. Maka tak buat ler.... Makanya, sselesai urusan di mahkamah tadi memecut ibu balik semata-mata nak buat n3. Ngeee.. Dasat, dasat..

2-3 harini ibu hidup tak tenang. Bergitulah keadaannya setiap kali ibu selaras program besar. Dulu masa ibu buat kem di Banyu Manis, macamni juga. Dup dap dup dap selagi program tak jalan dan selesai.

InsyaAllah, besok akan berlangsung satu lagi kem di bawah selarasan ibu. Kalini ibu buat di kem El Azhar Morib. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Banyak juga halangan nak buat kem kali ni.. Susah dapat bas lah, dah dapat bas bajet tak cukup pulaklah, peserta tarik diri disaat akhirlah.. Macam-macam ada. Tapi insyaAllah, ibu yakin kita akan di beri jalan oleh Allah swt jika kita bersungguh-sungguh.

Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan (dengan izinNya)

Lebih kelibut, banyak pula tangkapan polis semenjak duani. Semakin banyak tangkapan, banyak kali la ibu nak kena ke mahkamah. Hari-hari balik kerja takde wanginya.. Bau OKT adalah. Kah kah kah! Sila bayangkan, dalam satu tempat yang sempit anda berada bersama-sama insan-insan yang dah 14 hari dalam lokap. Bukan seorang dua, puluh-puluh tu.. Harum je baunya.. :D

Tapi semua tu adalah satu perkara rutin dalam hidup ibu. Dah biasa dah. Satu tugasan yang telah ibu sanggupi. Dah sain akujanji pun.. Maka ianya adalah satu tanggungjawab.

Jujurnya, kadang-kadang ibu enjoy dengan kerja ibu, kadang-kadang rasa sangat-sangat tertekan!!

Ps: Bagaimana dengan anda? Adakah kerja anda menyeronokkan atau memberi tekanan?

4 comments:

  1. samelah kadg2...dgn budak2 takpe dgn org2 besa peninglah!

    ReplyDelete
  2. seronok bila idea bnyak dan betul..x seronok bila bos dan user asyik tanya je bila boleh siap..adeii stress

    ReplyDelete
  3. mcm tu lah kak, nak xnak tpksa hadapi gk, huhu...

    ReplyDelete
  4. keje saya dgn anak2 je. tp itu pn dh buat penat sbb anak2 ni mcm2 karenah. hehehe...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...