Follower

Saturday, October 1, 2011

Dorayaki

Assalamualaikum wbt..

Pagi tadi ibu jalan-jalan blog beberapa orang rakan blogger.. (Sambil tunggu rendam bihun, sempat juga BW.. :D) Masa singgah blog Sepanjang Jalan Kenangan, Cida buat n3 tentang lempeng henglish. Ada sebut juga pasal dorayaki..

Hmmm.. baru ibu sedar diri (sebelumni tak berapa sedar.. haha..) bahawa ibu tak pernah tengok dorayaki yang betul-betul selain dari tengok dalam kartun Doraemon..

Maka, siap je masak dan basuh baju tadi, ibu pun menggoogle imej dorayaki dan cari info tentang dorayaki..

DORAYAKI

Dorayaki (どらやき。銅鑼焼き、ドラ焼き?) ialah kuih yang berasal dari Jepun. Dorayaki termasuk ke dalam golongan kuih tradisional Jepun(wagashi) yang bentuknya bundar, sedikit tembam, terdiri daripada dua lapis kuih yang dilekatkan dengan mentega kacang merah. Dorayaki memiliki tekstur yang lembut dan menyerupai dengan kuih Jepun yang disebut Kastela kerana adunan yang mengandung madu.
Di Malaysia, makanan ringan ini mulai diperkenalkan di bersama dengan anime Doraemon. Watak robot Doraemon mempunyai kegemaran memakan dorayaki. Dorayaki yang dijual di kedai-kedai Malaysia kebanyakannya sudah disesuaikan dengan selera tempatan seperti dorayaki berisi coklat dan kaya. Dorayaki juga dikenali dengan sebutan Obanyaki.
Di Jepun, Obanyaki lebih dikenali dengan nama Imagawayaki (今川焼き?). Walaupun Obanyaki mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Dorayaki, kuih Obanyaki lebih tebal dibandingkan dengan Dorayaki. Obanyaki juga biasanya dipanggang di hadapan pembeli sedangkan Dorayaki sudah dipanggang sebelumnya dan dijual dalam bungkusan.

ASAL USUL DORAYAKI

Pada mulanya, Dorayaki hanya terdiri daripada satu lapis kuih bundar dengan pinggir yang dilipat sedikit hingga berbentuk segi empat. Di bahagian tengah kuih diberi salutan mentega kacang yang disebut azuki.

Pada tahun 1914, Dorayaki yang terdiri dari dua lapis diperkenalkan oleh perusahaan Usagiya dengan menggunakan adunan yang mirip adunan Kastela. Dorayaki yang terdiri daripada dua lapis kuih dan berbentuk bundar kemudian menjadi popular di seluruh Jepun.

Menurut cerita yang dipercayai, kuih ini dinamakan Dorayaki kerana bentuknya yang menyerupai gong (bahasa Jepun: dora). Menurut cerita lain, pendekar bernama Saito Musashibo Benkeiialah pencipta Dorayaki. Benkei menderita luka dan harus dirawat di rumah penduduk. Setelah sembuh, Benkei memanggang adunan dari campuran air dan tepung gandum di atas gong. Hasilnya berupa kuih bundar berisi mentega kacang dan kemudian diberikan kepada orang yang merawatnya sebagai ucapan terima kasih. Masih ada beberapa cerita lain tentang asal-usul Dorayaki sehingga sukar dipastikan yang mana paling benar.

maklumat di atas ibu salin dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Dorayaki

Ni picas dorayaki hasil carian di google..


Ps:  Kawan-kawan pernah makan dorayaki? Sedap tak?

9 comments:

  1. sedap.. nani suka ^^ my feveret food plak tu.. tak caya? kt sini ada :
    KLIK SINI

    ReplyDelete
  2. ms dok jhor dulu suka beli.tp yg tu inti kacang merah dalam jer.bukan dua lapis yg dilekatkan kacang merah. tp org panggil kuih dorayaki juga..:)

    ReplyDelete
  3. pernah makan 2x masa pergi mid valley dgn genting. rasa dia biasa-biasa ye. tak silap kt mid valley jual 70sen sebiji~

    ReplyDelete
  4. pernah makan sekali,tapi tekak tak boleh nak terima,pastu tak pernah makan pun......

    ReplyDelete
  5. anak2 memang suka tapi sekarang dah makin mahal..kat Jusco ada jual..

    ReplyDelete
  6. Saya pun belum pernah makan ni kak...tapi masa kecik2 dulu peminat no1 Doreamon..hehe

    ReplyDelete
  7. Nani: Percaya3x... :D

    PK: tak kira le rupanya, janji nama dorayaki.. tu kira dah pernah makan la kan.. :D

    Dhiera: biasa2 je ye? tgk doremon makan macam sedap sgt je.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Ya: Ni mesti jenis tekak melayu ni.. akak suka cuba. tapi kalau tak sedap dah tak makan lagi lah..

    Kak affen: mesti sedap sampai anak2 akak suka.. :D

    UAS: anak2 akak selalu layan doemen, ibu layan sekali je.. :D

    ReplyDelete
  9. Bentuknya macam Macaroon... tapi kenal Dorayaki ni bila tengok cerita Doraemon..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...