Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi Isnin. Harini ibu cuti, sejak semalam dah tak berapa nak sihat. Mungkin penangan aircond berterusan dalam jangkamasa 3 hari 2 malam. Natijahnya, hari ini tak mampu nak bergegas-gegas seawal pagi. Jika ibu gagahkan diri masuk pejabat pun mesti melebihi jam 8.00 am. Sekejap lagi pula ibu kena ke Hospital Sungai Buloh, abah masuk wad dan kena operate. Jadi, memandangkan masa di pejabat akan mengecil, lebih baiklah ibu ambil cuti.
Berbalik pada tajuk, itu projek petang semalam. Walaupu letih dan badan tak berapa nak sihat, bila terpandang tarikh luput pada roti 'sudah nazak'.. maka ibu gigih main masak-masak. Dan inilah hasilnya;
Sepotong aje..
Dihidang dengan PML bunga Peonis kesayangan ibu..
Versi 'kering'..
Maaflah tak dapat nak tunjuk puding seloyang. Masa terbalikkan ke pinggan ada kesilapan teknik sikit dan tersenget dan tak boleh diejas semula. Malu nak tunjuk.. Hehe..
Untuk makluman, IBU TAK SUKA PUDING KARAMEL. 'Ngeri' bila terbayang-bayang rasa telurnya. TAPI, Puding Roti Karamel ini SANGAT SEDAP. Tiada rasa telur langsung!! Ini cubaan kali kedua buat Puding Karamel. Cubaan kali pertama dulu ibu buat Puding Karamel Jagung. Pun tak ada rasa telur.. :D
Ibu kongsikan resepinya di sini..
RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
Resepi asal: Embun Rosaliza
Rujukan: Secubit Garam, Dapur Ct, Yati Memories, DTS dll.
4 keping roti gardenia
3 biji telur - di pukul manja dan di tapis (ibu tak tapis pun tapi buang semua bendasing dulu sebelum pukul)
2 cawan air suam
1 cawan susu pekat manis (ibu guna 3/4 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla
Cara- cara
1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus...... kemudian ketepikan. (Ibu masukkan gula dalam loyang, letak atas api kecil dan biarkan mencair dan keperangan. Senget-sengetkan loyang supaya gula merata) Awas!! Wap gula hangus sangat panas!!
2. Panaskan pengukus.....
3. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla
4. Tuang adunan dalam loyang yang berisi gula hangus..
5. Kukus 40 - 60 minit.. (Ibu tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 50 minit)
6. Sejukkan dan hidangkan dengan menelangkupkan di atas pinggan..
Senang dan sangat sedap!! Selamat mencuba!!
wow.. my feveret ni.. nyum nyum.. memang sedap di makan sejuk2 kan.. sedar tak sedar abis dua tiga keping.. silap2 satu loyang leh abis.. ehehehe
ReplyDeletenyum///nyum///nyum/////feveret akak nie....
ReplyDeletearitu cuma try buat puding karamel je, nanti nak try lah puding roti karamel pulak, nyaman je rupanya
ReplyDeletewah..boleh try ni,segala bhn2 ada stok ni..heheh
ReplyDeletetp memang betul la,puding karemal biasa tu klong pun tak berapa suka nk mkn..
Puan Maznah cikgu karamel...
ReplyDeletehahaa..ngeri dgn rasa telur! sama sebijik macam Haziq :-))
ReplyDeletep/s: tgk step by step mcm tak renyah sgt nak buat. Bila nak try ni??
hebtlah akak!
ReplyDeletesimple tapi sedapppp...
ReplyDeletepernah mkn tp entah la... tak sesuai dgn tekak kot...
ReplyDelete