Assalamualaikum wbt..
Semalam tengahari ibu berkesempatan menghantar Maryam ke sekolah sebab ibu tak masuk ofis (teeetttt.. pengakuan berani ni. Haha..). Seronok sungguh dia bila ibu kata nak hantar, selalu Maryam kena naik van.
Ibu keluar rumah jam 12.45 dan sampai ke rumah jam 1.30 pm. Lama sungguh perjalanan sedangkan sekolah tu dalam 3 km je. Sebabnya, perjalanan nak masuk ke rumah sedikit terhalang dek kereta-kereta jemaah masjid yang parking sesuka hati. (Semalam hari Jumaat).
Harap jangan salah faham dan membuat tafsiran bahawa ibu 'berkira' dengan orang yang sedang menunaikan kewajiban. Tidak sama sekali..
Kita luaskan skop, isu yang lebih terbuka.. Bukan sahaja kenderaan jemaah masjid sahaja, tapi di pasar-pasar malam, kawasan perumahan yang kurang tempat letak kereta, kawasan perniagaan yang sesak dll.
Sedar atau tidak isu 'halang menghalang' ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang bagi sesetengah pihak. Ianya mungkin menyusahkan dan boleh menyebabkan bertambahnya masalah jika berlaku sebarang kecemasan.
Harap jangan salah faham dan membuat tafsiran bahawa ibu 'berkira' dengan orang yang sedang menunaikan kewajiban. Tidak sama sekali..
Kita luaskan skop, isu yang lebih terbuka.. Bukan sahaja kenderaan jemaah masjid sahaja, tapi di pasar-pasar malam, kawasan perumahan yang kurang tempat letak kereta, kawasan perniagaan yang sesak dll.
Sedar atau tidak isu 'halang menghalang' ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang bagi sesetengah pihak. Ianya mungkin menyusahkan dan boleh menyebabkan bertambahnya masalah jika berlaku sebarang kecemasan.
Moralnya, elakkan menghalang laluan orang lain. Mudah sahaja!!
Ini rumah kami. Kenderaan di luar sana tidak bergerak ye kawan-kawan. Begitulah keadaan hampir disetiap Jumaat.
Alhamdulillah, sepanjang kami tinggal di sini tiada sebarang masalah terjadi. Kami tak berkira pun dengan sesiapa yang meletakkan kenderaan di hadapan rumah kami, kerana kami tahu mereka sedang menunaikan kewajiban.
Cuma risau juga, jika tiba-tiba ada kecemasan.. macammana ibu nak keluarkan kereta ye?
Ps: Situasi dalam gambar di atas pemandu van putih meletakkan kenderaannya di situ setelah bertanya samada ibu mahu keluar atau tidak (kebetulan ibu ada di luar rumah..)
btul jg..kdg2 terfikir jika berlaku kecemasan..hmm..bahaya jgk..
ReplyDeletemasaalah yg terus berlarutan...betul tu,klu tak ada kecemasan tak apa...di buatnya ada kan parah!
ReplyDeleteBetul kita tak boleh jangka kalau kecemasan berlaku ketika tuan punya kenderaaan yg menghalang sedang bersolat. Pahala solat dapat tapi dosa kerana menghalang tercatat...
ReplyDeletedepan rumah izan ni hari2 ada keta sebelah halang. walaupun sikit je ke arah pagar,tp time nk bukak pagar,takot kena keta dia,kang marah plak.izan nk kuar pun susah amik side huhu...
ReplyDeleteuish.. smpi sesak depan rumah. kiranya kalau hari Jumaat ibu tak leh kluar mana2 la kan?
ReplyDeleteelok naek moto je jemaah kalau masjid tempat perumahan mcm ni takpun paking jauh ke luar sikit..kesian kat orang nk klua masuk
ReplyDeletekdg2 org parking sesuka hati je. tak tanya. bila time kita nak keluar dah jdk masalah. pernah jdk kat sy dgn husben. muka bdk pompuan yg parking tu selamba je. padahal kami terpaksa tggu smpai ke ptg utk dia alihkan keretanya tu. geram je. kalau utk tunaikan solat tu tak apa la. bkn lm pun. kejap je.
ReplyDeletekadang2 klu nak buat amal ibadat pun tp menaikkan kemarahan org dan menyusahkan org lain tak guna juga...hehe
ReplyDeletecontohi van putih tersebut.Berbudi bahasa you!
Nida rasa mungkin Zefa kena letak kon depan rumah kot.. betul juga apa yg dikatakan kot-kotlah ada kecemasan..
ReplyDelete