Assalamualaikum wbt..
Semenjak duani, ibu rajin intai blog masak-masak. Bila rajin mengintai, sedikt sebanyak keinginan untuk mencuba pelbagai resepi meluap-luap. Cumanya, pemilihan resepi untuk dicuba agak terbatas sebab ibu tak ada oven.
Walaupun keinginan itu ada, tapi tidaklah terlalu ghairah mencuba itu dan ini. Keterbatasan masa juga menjadi faktor penghalang. Balik kerja gitu gini dah jam 6.00 pm. Nak masak nasi lagi, urus anak-anak lagi, dan macam-macamlah. Malam hari bekerja jarang ada kesempatan untuk masak yang susah-susah. Biasanya lauk yang biasa-biasa sahaja. Desert apatah lagi.. Satu lagi faktor penghalang (manyaknye la alasan dia kan..?), ibu selalu kena kerja hujung minggu.
Dalam keterbatasan masa, sempat juga mencuba. Dalam mencuba, ada juga yang tak jadi. Bila tak jadi kecewa juga. Ibu tak salahkan pemilik resepi pun, hakikatnya orang lain cuba menjadi je.. Dari sudut realiti ibu tak berapa pandai masak dan mendeko makanan. Cuma semangat yang ada untuk mencuba adalah satu faktor pendorong.
Berbalik pada tajuk (panjangnya muqadimah dia..), baru-baruni ibu cuba nak buat Kek Lapis Persona Cheese. Resepi asal dari Ryo, tapi ibu jumpa di blog Masam Manis. Mula-mula buat je dah tak jadi. Sudahnya, jadi MACAM INI. Tapi tak semualah ibu 'gaul dengan penuh kasih sayang', bakinya ibu buat untuk teruskan perjuangan. Dan hasilnya:
Persembahan yang gagal. Tetapi rasanya, memang sangat-sangat sedap. Ibu guna biskut Tiger macam Kak Ita buat, resepi asal biskut Marie Coklat.
Semangat untuk mencuba lagi tetap ada. Tapi, untuk mengelakkan kegagalan berulang ibu ada buat post moterm tentangnya. Tapi ini adalah post moterm syok sendiri, haha.. Maknanya, ibu agak-agak aje silapnya tu. Bukan sebab bertanya dengan yang pakar.
1. Engkar sukatan susu.
Ibu buat setengah adunan. Maknanya 10ml susu jadi 5ml susu. Tapi ibu rasa 5ml tu sikit sangat (dalam satu sudu kecil je..). Pandai-pandai tuang susu tu lebih sikit.. Hehe.. Jadi, adunan cheese ibu mungkin lembik dari yang sepatutnya.
2. Adunan cheese tidak cukup mesra.
Masa ibu putar cheese dan gula, ibu tak biarkan dulu cheese tu dalam suhu bilik. Makna kata cheese tu keras lagi. Akibatnya, mixer cap ayam ibu gagar memutarnya hingga menemui ajal. Sudahnya, ibu gaul laju-laju dengan tangan je. Pakai sudu je pulak tu.. (Masih mood sedey mixer ibu rosak.. huhu..)
3. Terlebih celup biskut.
Jika ikut resepi asal, celup biskut pada susu suam 1 saat. Tapi ibu terlebih saat kut, sebab konon nak bagi semua biskut kena susu. Sudahnya, biskut menjadi sangat lembik.
4. Tak tekan betul-betul
Lepas tabur biskut kisar atas lapisan terakhir sepatutnya ditekan-tekan untuk menjadikan kek menjda mampat. Tapi ibu tekan pelan sangat kot.. :-(
Begitulah, faktor-faktor yang ibu rasa buat Kek Lapis Cheese Persona ibu tak jadi.
Ps: Agak-agak ada faktor lain tak?
Pss: Ibu tak kisah, tayang cubaan masak yang tak menjadi di blog sendiri. Anda bagaimana?
saya pun teringin buat kek ni :) tapi belum berkesempatan sebab cheese tak ada hehe
ReplyDeletedah try buat ye.. atie bahan2 dah ada. tp lum tiba masanya nak buat hehe takpe,buat kali ke2 konfem jadik:)
ReplyDeletetak kisah juga..hari tu post kek saya yang hangit.haha..
ReplyDeletexpe kak..try n error kan. huda semalam buat apam polkadot, ok dah tp sukatan bahan mcm x ikut sgt..nx time nk buat lg :)
ReplyDeleteperkara biasa gagal kali pertama :-))
ReplyDeletetak cantik xpe yg pnting sedapppppppppppppppppp!!!!!
ReplyDeletePs: susah jugakan nak cari cream cheese tu, kedai2 tertentu je ada..
ReplyDeleteatie@ejay: harap2 jadi.. tp tu lah, mixer pulak dah rosak.. :-(
PK: hehe.. samalah kita.. :D
Huda: betul3.. try n error, belajar dr kesilapan.. :D
ReplyDeleteLL; hehe.. kata2 yg cukup memujuk hati ini.. tq.
NzA: mmg sedap kak, tapi nak hidang kat orang, maluuuu.. hehe..
kite memang ada angan2 nak buat juga nih, hari tuh tengok kat blog kak ita nampak sedap dan senang penyediannya.. kalau akak buat dah kurang menjadi, kite buat nanti tak tahulah nak jadik ape.. hahaha
ReplyDelete