Follower

Tuesday, October 11, 2011

Kem SMART @ El Azhar, Morib

Assalamualaikum wbt..


Rakaman kenangan program yang ibu selaraskan, program yang buat tidur malam ibu tak lena, program yang buat jantung ibu berdegup kencang, program yang menguji kewibawaan ibu sebagai pegawai pencegahan.. Kem ke2 di bawah seliaan ibu dalam tahun 2011. Jika kem pertama dulu mensasarkan remaja (pelajar sekolah) sebagai peserta, kem kali ini mensasarkan belia sebagai peserta. Mencari kesempurnaan memang sukar, namun alhamdulillah kem kali ini telah selesai dilaksanakan.

SMART
(Sukses, Matang, Aktif, Rasional, Tanggungjawab)
8 - 9 Oktober 2011
Kem El Azhar, Morib

Hari pertama: Taklimat dari puan penyelaras..

 
Ice breaking.. Team fasilitator punya tugas. Puan penyelaras tengok aje..

 
Berkayak.. Yang ni jurulatih punya tugas. Puan penyelaras teringin juga nak berkayak sebenarnya, tapi tak nak basah-basah.. hehe..


Berakit.. :D
 

Terjun time.. Yang ni peserta wanita ada yang menangis-nangis takut..

Takut ke, tak takut ke, semua waaaaaaaaajib terjun.. :D

Flying Fox.. haaaa, yang ni puan penyelaras ada buat. Seumur hidup tak pernah buat, dah 30++ baru merasa buat.. :D

 
Mud Night Tracking.. Yang ni pun Puan Penyelaras joint sekali. Best tau!! Nanti-nanti ibu buat n3 khas..

Alhamdulillah, berakhir hari pertama. Tak ada dalam gambar solat berjamaah, makan berjamaah, LDK dan peserta wanita kena 'bebel' dengan puan penyelaras.

InsyaAllah, ibu akan update gambar-gambar hari ke2 pula selepas ni..

Ps: Perasan sesuatu yang baru tak dalam n3 ni?

5 comments:

  1. teringat zaman gi BTN..

    perasan, perasan.. ada watermark yg comel

    ReplyDelete
  2. aktiviti di atas yg ya suka Mud Night Tracking..sunyi je bila jalan dalam hutan ni.....tak sabar nak tunggu akak update

    ReplyDelete
  3. Bestnyer aktiviti ni semua..

    Myra last p masa kem BTN 10 tahun lepas.. Wahhh terasa ke'tua'an disitu..heheee

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...