Follower

Thursday, December 15, 2011

Mendung Dihati Ibu Kian Berarak.. Sirna Mentari Kembali di Balik Senyuman..


N3 luahan perasaan dan rakaman rasa cinta..

Bersiaran dari Selatan tanah air mengikut ayah Yusuf bertugas atas permintaan suami tercinta.. Tiba di Johor Bahru jam 12.50 pagi tadi. Menunggu ayah berurusan di kaunter untuk check in dan hanya dapat masuk bilik hampir jam 1.30 pagi. Letih.. Namun hati tak mampu menolak tatkala kehendak mendesak agar rasa getir itu dirakam dengan tarian Jemari Asmara.

Episod getir bermula bila ayah suarakan hasrat nak bawa anak-anak bersama ke JB. Ibu bagai terawang-awang.. Hasrat di hati punya jawapan pasti, wajib bersama yang tersayang. Namun, dari sisi wanita punya kerjaya, terlalu banyak tugasan yang belum selesai. Maka ibu nekad, apa pun yang terjadi segala tugasan perlu selesai menjelang petang 14 Disember 2011. Ayah Yusuf dah maklum awal-awal, nak gerak petang Rabu.

Hari Isnin cuti umum, ibu masih tak ambil pusing tentang kerja. Hari tu kami berseronok-seronok berjalan-jalan ke Muzium Negara. Hari Selasa masuk pejabat, subhanallah, masyaAllah, astaghfirullah, berimpa-timpa tugasan hingga ibu benar-benar rasa tertekan. Dalam hati sudah terbayang-bayang bakal mengecewakan ayah Yusuf.

Bayangkan.. pagi-pagi ibu mengadap laporan sosial untuk tender kes ke mahkamah. Dalam masa yang sama laporan mingguan perlu dihantar. Laporan program TOT di Hotel Quality juga perlu diselesaikan. Ibu pejabat peringkat negeri pula minta  perancangan strategik 2012 SEGERA!! Mujur ibu dah buat awal-awal sebenarnya guna format yang diberi oleh pihak negeri, cuma sedikit kelangkabut sebab format baru yang dihantar pula oleh pihak HQ. Jam 11.00 berlari ke mahkamah (naik kereta..) hanya dapat parking nun bawah bukit. Memanjat ke atas termengah-mengah. Selesai jatuh hukum, OKT tak puas hati keputusan mahkamah dan bla bla bla.. Masa ni angin dah mula bertiup, bara dah mula menyala. Tapi ibu sabar lagi... Kang tak pasal-pasal ada yang mengadu ke Biro bantuan Awam pula. Sabar, sabar, sabar..

Selesai urusan menapak turun bukit pula. Panas, kepala sakit.. Sampai pejabat kena sergah pula dengan bos, pembantu-pembantu ibu 'hilang' tak ada di pejabat. Kerja tak siap lagi. Masani api dah menyala.. Dalam hati siap korang aku kerjakan. Nah hambik.. bukan anak buah ibu je kena, satu pejabat kena amuk dengan Puan Zefa. Dengan bos sekali terkejut ibu hempas dashboard komputer.

Terukkan bunyinya? Itulah hakikat yang dah terjadi bila tekanan dalam diri tak dapat diatasi. Memang ibu hilang kawalan..

Ibu akui memang ibu teruk sangat hari tu. Habis menghambur amarah, ibu terus ambik wudhu' dan solat. Ibu menangis semahu-mahunya dalam surau. Ibu minta pada Allah swt untuk tenangkan hati ibu dan beri petunjuk. Alhamdulillah, ibu lega sangat lepas tu.

Selesai solat dan mengadu pada Allah swt, ibu telefon ayah pula. Konon nak mengadu pada suami. Tau apa ayah Yusuf kata? "Hmmm.. kalau dah kaunselor pun tak dapat kawal stress, abang yang bukan kaunselor ni nak cakap apa?" Huhu.. Sabar jelah dengan jawapan tu.

Allah Maha Adil.. Allah Maha Penyayang.. Setelah dugaan himpitan perasaan, Allah mudahkan segala urusan. Segala tugasan dan laporan telah ibu selesaikan. Hanya baki 2 kes sahaja perlu di hadapkan ke mahkamah dan sahabat ibu setuju untuk cover ibu besok. Begitu juga dengan urusan klien-klien ibu, pembantu kanan pejabat ibu setuju untuk cover ibu. Maka dengan izin Allah swt, ibu berada di JB sekarang ini bersama-sama insan tercinta. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..


 Lobi New York Hotel JB @ 12.50 am.. Abang Yusuf sambung tidur, adik Maryam mamai..


Budak baru bangun tidur.. Pose istimewa yang mengubat lara di hati ibu. 

Terima kasih ayah, terima kasih abang, terima kasih adik. Ibu sayang kalian.. Teramat sayang..

Ps: Hari ini dua sahabat sepejabat ibu kehilangan bapa dalam tempoh selang beberapa jam. Al fatihah buat Allahyarham En. Omar dan Allahyarham En. Abu Bakar.



10 comments:

  1. terkejut baca entri yg kak zefa mengamuk.hehe..itulah dalam kesemputan ada kesenangan..:)

    bila tgok muka maryam jer terus sy senyum.sejuk betul mata tengok budak comel nie..

    selamat bercuti bersama keluarga tercinta ya!

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Allah turunkan dugaan buat hamba yang disayangiNya... dan dugaan itu pasti mampu ditangani oleh hambaNYA.

    Syukur kini mendung telahpun berarak.. moga sinar keceriaan terus menerangi kehidupan Zefa.. ameeeeennn

    ReplyDelete
  3. bace je pun rase dah terkejar-kejar..ni apatah lagi insan yg mengahadapkan..apepun kelakae betul ayah yusof jawab hehehe

    p/s: tahniah anda sememangnya kaunselor yg mampu mengawal keadaan dgn selese! ;)

    ReplyDelete
  4. Bila tekanan melanda..hnya DIA tempat kita mngadu...DIA yang mndengar setiap rintihan kita tak kira masa..

    Syukur Alhmdulillah...Allah permudahkan urusan Zefa...
    Selamat bercuti ya.....semoga mentari terus bersinar!!!!

    ReplyDelete
  5. PK: Jgn disangka air yg tenang tak ada buaya.. hahaha.. Tkasih. Doakan percutian kami dipermudahkan segala urusan.. :D

    ReplyDelete
  6. Nida: Tkasih Nida.. Syukur sesungguhnya Allah Maha adil.

    ReplyDelete
  7. UM: Terasa gagal sebenarnya bila gagal mengawal amarah. Ibu Yusuf ni lepas marah mesti nangis punya.. huhu..

    ReplyDelete
  8. Salam Zefa,
    Alhamdulillah, segalanya sudah selesai. Begitulah, kadang-kadang Allah uji kita dengan situasi yang teruk sebelum Dia mengurniakan kita ketenangan dan kerehatan. Subhanallah, barulah terasa indahnya sifat sabar. Selamat berhujung minggu bersama yang tersayang..

    ReplyDelete
  9. Mummy agaknya tahu cara ibu marah camaner, erk agaknya la..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...