Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Tahniah sekali lagi pada ibu Yusuf kerana berjaya tabah dan sabar dalam menghadapi lappynya yang tidak sihat. Natijah dari kesabaran tersebut adalah entry ini dapat diterbitkan. Fuhh!! Lap peluh..
Ini adalah catatan perjalanan dan makan-makan kami malam minggu lepas. Aktiviti yang tidak dirancang, tiba-tiba je lepas solat Maghrib ayah suruh siap. Jom ke KL katanya.
Ibupun bersiap seadanya. Seperti biasa uniform 'segera' ibu adalah sepasang jubah hitam. Sarung dan siap. Anak-anak pun tak tukar baju, pakai je baju nak tidur. Hahaha..
Lagipun ibu tahu, kalau ke KL malam-malam bukannya nak ke mana pun. Cuma nak ke Sentul jumpa kakak ayah Yusuf.
Sekali ayah bawa ke sini daaaaa..
v
v
v
Chop N Steak @ Kampung Baru..
Restoran ala-ala The Ship yang popular jugalah. Ce google, ramai sangat dah buat entry tentangnya. Entry ibu ni bukanlah nak review mereview, sekadar catatan buat kenangan kami sahaja.
Meh tengok kami makan apa..
Chicken Chop
Yang ni Che Ngoh punya. Nampak sedap, tapi rasanya wallahu a'alam. Che Ngoh makan tak habis. Yusuf dan Maryam tolong habiskan.. Licin!!
Yang ni Che Ngoh punya. Nampak sedap, tapi rasanya wallahu a'alam. Che Ngoh makan tak habis. Yusuf dan Maryam tolong habiskan.. Licin!!
Chicken Burger
Yusuf dan Maryam punya, seorang satu. RM3.00 satu. Yang ni biasa-biasa aje..
Mix Lamb Steak
Ibu punya. Sedap tapi bau kambingnya terasa. Ayah kata kambing tak mandi. Kih kih kih..
Black Papper Steak. Ayah punya..
Secara keseluruhan, okeylah. Sedap.. Cuma persembahannya tu agak comot. Garfu dan pisau pun dia main letak je atas makanan. Jenuhla pulak nak mengelapnya dengan tisu sebelum makan.
Jangkamasa menunggu pun tak lama. Kejap je dah sampai. Cuma air dia lambat. Dah nak habis makan baru air sampai. Sebab air sampai lambat, nak tangkap gambar pun dah tak rajin dah. Tapikan, jus nenas dengan jus durian belanda yang kami order, sangattttttttttttttttttt lah sedap. Ibu bagi 5 bintang. Terasa-rasa kesedapannya..
Selepas menunjuk gambar-gambar makanan yang dah 'selamat' ibu nak tunjuk pula gambar orang yang makan. Tadaaaaaaa..
v
v
v
Walaupun selebet, mereka tetap nampak bahagia dan gembira. Ngeee..
Tu je lah ibu nak cerita. Kalau kawan-kawan nak tengok dekorasi restoranni, google je Chop N Steak Kampung Baru. Komfom keluar macam-macam gambar. Ada keluar gambar kapal, gambar kayak, gambar motorsikal, gambar botol warna warni, gambar akuarium, gambar ikan keli besar, gambar macam-macamlah.. Memang restoranni lain dari yang lain sikit.
Sampai sini dulu, jumpa lagi.. :D
kalau kita keluar malam2 pun memang selebet jelah, sama je budak2 pun pakai kan baju tido je, hehe..aahlah presentation dia comot sikit tapi tak kisahlah kan, janji ada rasa.
ReplyDeletekalau yus dr Johor ni nak ke kg baru, jenuh juga. Makan chop n steak kat area sini je kot. Tp dpt makan bersama keluarga walau di mana pun pasti seronok kan zefa.
ReplyDeletewah makan western yermalam2..:)
ReplyDeletenmpk gaya mmg sedap n restoren pun femes,cuma deco makanan tu kena improved sikit la kan..
ema selalu makan kat area serdang..harus malam ni terjah ke sana agaknya
ReplyDeleteBestnya kalau sesekali keluar makan bersama keluarga.. Tambah2 kalau makanan menepati selera..
ReplyDeleterestoran ni mmg atr tpt feveret cik abg kita..masa kt ampang dulu, salu gk pegi kt sini..rindu plak nk pegi lg =)
ReplyDeletextahan tgk mix lamb steak tu..akak ni peminat kambing..maklumlah keturunan org2 di padang pasir sana....he.he.he....
ReplyDeletesedapnya..
ReplyDeletepenah makan sini sekali tp dah lama dah... memang tpt dia lain dr yg lain
ReplyDelete1. dayah ada jugak dgr pasal restoran nih..tak pnh pegi lagi ..
ReplyDelete2. uniforn segera pun.. akak tetap lah cantik (serius nih)
klu dayah jumpa akak sensorang mesti dyh ingat akak belum kawen lagi tau..!