Follower

Saturday, December 3, 2011

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!


Naik gaji?

Beberapa hari lepas, ibu ada calling-calling dengan ex bos ibu. Dia bagi tau, dia masih akan bertanggungjawab dengan pemarkahan penilaian SKT. Dia ada sebut juga tentang pemarkahan akan mempengaruhi kenaikan gaji.. Hmmm, tawakal je lah. Ibu pun tak tau dapat maintain ke tak markah tahun lepas.


Ibu copykan info berkaitan dari SINI.

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang diterima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :


1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.


2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.


3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam


Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru


Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

6 comments:

  1. salam,klu naik gaji alhamdulillah...kak zeffa,menyepi diri dalam blog sendiri je,tapi blog akak sentiasa ya kunjung,cuma sempat n tak sempat je nak tinggalkan jejak....

    ReplyDelete
  2. tetap brsyukur dgn rezeki yg ada......

    ReplyDelete
  3. bab markah penilaian tu ramai yg tak setuju..

    kadang2 org atasan beri markah tak mengikut kemampuan kerja tp mengikut emosi..lol

    apa pun syukur apa yg ada..:)

    ReplyDelete
  4. Hmm, dasat tuh..1st slide kppsm aadk dlm taklimatnya berbunyi "tahun 2012 tak datang kerja, tahun 2013tak payah datang kerja"..bos mummy cakap "easier and better"..mummy setuju

    ReplyDelete
  5. Kalau difikirkan tentang pangkat ni memang ada kisah pilu disebaliknya..

    Dulu pernah dilantik sebagai Guru Cemerlang tetapi ditarik balik atas alasan lantikan dalam cuti tanpa gaji.. takpelah ada hikmah disebaliknya... :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...