Follower

Monday, December 12, 2011

Kedai Gunting Rambut Pilihan Ayah Yusuf..


Dhil Hairstyle @ Anggerik Mall Shah Alam

Dua hari lepas, selepas selesai tugasan ibu di Quality Hotel.. kami anak beranak terus ke Anggerik Mall untuk tujuan yang satu. Potong rambut dua jejaka yang bertahta di hati ibu.. (ewah, ewah, kemain lagi ayat ibu Yusuf). Rambut Yusuf dan ayah dah panjang. Yusuf tu kalau rambut dah panjang mulalah tercacak-cacak. Ayah pula dah persis hero filem Tamil. Kah kah kah.. Ini bukan mengumpat suami sendiri aaa, ayah Yusuf tahu usikan kegemaran isterinya bila rambutnya dah mula panjang. Dia tak marah pun.. Ngeee..

Dhir Hairstyle tu memang salon pilihan ayah. Ayah sangat jarang ke salon lain melainkan DH tutup atau ayah potong rambut masa balik kampung. Ibu tak ingat sejak bila ayah mula potong rambut di situ, tapi sejak bermula dia jarang bertukar salon.

Alasan ayah, kedai tu selesa, suasana kondusif, berpenghawa dingin, potongan yang cantik dan harga yang berpatutan. Harga untuk kanak-kanak hanya RM6.00 dan dewasa RM10.00.

Ibu tumpang suka dengan salon tu dan mesti nak ikut bila ayah potong rambut. Sebab salon tu bertentangan dengan kedai Ipoh Loken Kak Liza. Di situ banyak pinggan mangkuk lama untuk ibu cuci mata. Tunggu berjam-jam pun tak apa. Hihihi..

Ibu sempat snap beberapa keping gambar masa Yusuf potong rambut. gambar ayah tak ada..


 Proses memotong bermula..


 Barber dia pun smart aje.. :D


 Abang Yusuf masam je, senyum pun takut. Takut terpotong telinga. Hihi.. Tapi sudahnya luka juga. Masa kemasan akhir guna pisau, dia rasa geli bila barber tu sentuh leher dia dan dia bergerak-gerak. Nasib baik luka tu sikit sahaja..


Upss.. Si hijau tu nak interframe juga. Haha..

Ini je picas yang ada. Tengah ibu snap-snap ada budak perempuan tu nak uk uk. Bawalah dia ke toilet. Lepas selesai ke tandas, ibu jumpa tudung. Hmm, sangkut di situ la jawabnya. Akhirnya terbeli (senaga beli sebenarnya) tudung sehelai, selendang sehelai dan tudung Maryam sehelai.

Ini sahaja catatan ibu buat kalini. Tadi kami ke Muzium Negara, nanti ibu buat n3 tentangnya.

Ps: Dimana salon kegemaran anda? Ibu sendiri belum jumpa, selalu tukar-tukar tempat. Janji tempat tu tertutup dan memelihara aurat.



14 comments:

  1. en suami ada satu tmpt peberet masa kt jhor dulu.ada ekon walaupun tmpt tu kecik je.uncle tu buat slow.servis mmg tiptop n teliti smp sorg customer dia amik masa sejam lebih tuk potong rmbut,cukur misai n janggut dan korek taik telinga.

    sy takkan ikut sbb borin gila tggu sejam setengah br siap.cukuplah sekali.hahaha...

    ReplyDelete
  2. PK: sejam setengah? lama tu.. kalau saje2 tunggu tak sanggup akak. lain la kalau sambil tgu sambil cuci mata.. hihi..

    ReplyDelete
  3. MB: hahahaha.. ada la iras tp hensem lagi yg ini.. hihihi.. :-D

    ReplyDelete
  4. wahhhh...makin ensem Abng Yusuf lepas potong rmbut yer...Anak akak pun sama, kalau potong rambut tak boleh diam..sllu jer luka...

    Anak2 akak sllu bertukar salon...brgntung pada mood diaorang..

    ReplyDelete
  5. kat sini mahal le, budak2 paling rendahpun RM 8 tupun belum tentu memuaskan hati

    ReplyDelete
  6. sama je muka bila bdk2 gunting rambut. AI dan Iman kedai yg berbeza. AI kedai india depan surau kt rmh je.. Iman pula kedai cina lelaki (tempat AI tu takut2 nak potong rambut Iman sbb dia tak ddk diam). Lambat. Kalau kedai cina ni tak sampai 5 minit dh siap. Cepat, kemas dan slmt ;).

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi bawa anak lelaki gunting rambut..hehe.

    Anak-anak dara Nida semuanya abah dia yang gunting... termasuklah dengan isterinya semuanya dari tangan suami... kadang-kadang senget benget juga..hehe

    ReplyDelete
  8. cool je abg yusof nikan..staedy je muke tu ;)

    ReplyDelete
  9. Anak2 saya biasanya abahnya je cukur guna mesin sendiri je....maklumlah kat rumah tu ramai sgt heronya.... pokai juga kalau dok gi kedai gunting ni

    ReplyDelete
  10. nasib si tukang rambuttu amatler sporting boleh amek gambar yerk.. ensemjer yusuf lepas potong rambut...

    ReplyDelete
  11. hubby sy pun ada tmpt fav potong rambut... dr kecik dia g kedai tu... smpailah skrg...

    ReplyDelete
  12. tak ada favorite salon. janji menepati kehendak dan tmpt tu ta ada org lelaki masuk.

    ReplyDelete
  13. biasanya abah auni yang potong rambut ummi ni hehehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...