Follower

Thursday, December 15, 2011

Pertama Kali Ke Johor ... | New York Hotel Best ke?


Catatan perjalanan ibu Yusuf bersama yang tercinta..

Ibu dan anak-anak sedang memerap di hotel.. Ayah sedang berkursus di KDN, anak-anak sedang main lompat-lompat atas katil. Biarkan.. kalau kat rumah jangan harap boleh. Hahaha..

Fakta; seumur hidup ini kali pertama ibu  ke Johor dan kali ketiga bagi ayah. Perjalanan tanpa GPS di tengah malam hingga sesat larat kami mencari lokasi hotel yang ditempah. Alkisahnya, ayah main tempah je hotel ni melalui online. Rupa-rupanya agak jauh dan susah nak ke Kompleks KDN yang baru.. (Mungkin hanya susah untuk orang luar seperti kami, wallahua'alam.)

Menjawab soalan di atas, anda nilailah sendiri melalui penceritaan ibu. Mungkin ada yang rasa okey, ada yang rasa tak okey.

Urusan check in; pengajaran buat ayah Yusuf lain kali jangan book hotel online. Atas beberapa sebab yang ibu pun tak berapa faham sebenarnya, kami tak dapat goverment rate. Juga tak boleh bayar cash kena guna master card. RM170.00 semalam untuk bilik 2 orang. Anak-anak tu selit-selit ajelah.. Dua malam RM340.00 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Anak-anak nak makan pagi di hotel kena tambah RM15.00 seorang. Pejam mata ajelah, sekali sekala..

Masuk bilik, ibu puas hati biliknya. Besarlah juga.. Ada bathtub dan peti sejuknya berisi makanan dan minuman ringan.


 Ibu suka warna cat hijau lumut tu.. wall paper dia pun sangat memkat hati ibu..

Pagi tadi masa nak makan pagi ada isu. Kami turun jam 9.30 pagi cafe sudah ditutup untuk makan pagi, sedangkan tertera di kupon makan pagi dari 6.00 am hingga 10.00 am. Ayah yang tak banyak cakap terus ajak makan di luar. Ibu yang pentingkan hak pelanggan kata, NO! Ibu terus ke receptiont dan bla bla bla bla.. Tak rugi suarakan hak. Ibu berjaya transfer kupon tu ke pagi besok. Maknanya, besok pagi kami berempat boleh makan tanpa tambah RM30.00 untuk anak-anak. Kalau ikut cara ayah, melepas le jawabnya.. Hihihi..


 Inilah kupon kontroversi tu..

Selepas ayah pergi kerja, kami anak beranak turun ke..

v

v

v

Hotel ini TAK ada kolam renang untuk kanak-kanak.. :-(

Ibu sambung cerita kemudianlah ya. Ayah Yusuf dah bagi arahan bersiap sebab nak bawa anak-anak pusing-pusing JB. Harap-harap sampai lah mana-mana destinasi, ayah Yusuf tak tahupun jalan di sini. Main redah je...

Jumpa lagi.




13 comments:

  1. Pusing JB jangan sesat dn tak tahu jalan balik yer :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya tidur hotel hehehe cantik bilik hotel...

    ReplyDelete
  3. Pergilah Danga Bay kak..kalau cuaca ok, malam2 ok kat situ..

    ReplyDelete
  4. kalau saya pun harus protes untuk hak kita kan...

    tak pernah stay di hotel ni kalau ke JB, biasanya hotel selesa saja..:)

    ReplyDelete
  5. SALAM KAK ZEFA..HAA KAMI DH PEGI NY HOTEL NI MS KE JB BULAN 7 LEPAS..MS TU ABI MAWAR BG CERAMAH BPP KT SANA.OK LA..BEST JGK..A'AH KOLAM DIA TGKT 5 @ 11 DH LUPA..TP SAUNA DIA STILL MNJADI LG KOT..TRY LA MAKAN KAT RESTORAN BENAFEE KT DPN HOTEL TU..TU KEDAI BETTY BENAFEE..BEST JGK AYAM PENYET DIA..=)

    ReplyDelete
  6. kaklong akan ke jB ujung bulan ni,setelah hampir 18thn tak kesana,mugkin byk perubahan nya..

    ReplyDelete
  7. new york hotel tu sy tahu..ssh jugak klu taktau jalan jb.lima tahun sy di johor pun en suami tak berapa expert lg jalan jb tu..sy lg la taktau lgsung.org bawak pegi mana ikut jer.hahaha..

    slmt bercuti di jb yer kak..jgn pegi danga bay,takde mende.haha..

    ReplyDelete
  8. nadiah akan jadi macam suami akak kalau jadi situasi macam tu. tak reti nak complain dan malas nak panjang-panjangkan cerita :p

    ReplyDelete
  9. Selamat datang ke negeri kelahiran Nida... walaupun Nida ni orang Johor, namuan kami belum sampai lagi ke hotel tu..:)

    Zefa sama macam Nida.. dan suami Zefa sama macam suami Nida... Nida ni kalau bab isu pengguna memang agak tegas berbanding suami.

    p/s: cik hubby kata kawasan New York hotel tu agak sibuk jalannya, jadi kalau nak berjalan kena plan betul2..

    ReplyDelete
  10. Ambil peluang ni bercuti bersama keluarga....selamat bercuti ye

    ReplyDelete
  11. seronoklah anak...bercuti sekali..kita ada hak untuk bersuara

    ReplyDelete
  12. Ummi takde peluang nak cuti2 Malaysia cuti kali ni..cuti2 kat umah ajo..huhu

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...