Follower

Friday, March 9, 2012

TRAGEDI DEPAN TASKA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari Rabu lepas, ibu hantar anak-anak ke Taska seawal jam 5.40 pagi (lebih kurang) sebab ibu nak bermusafir ke Sabak Bernam dan perlu sampai ke sana sebelum jam 9.00 pagi. Ayah tak ada hari tu sebab berkursus di Langkawi. Nenek Yusuf dan Maryam ada di rumah kami, tapi ibu taknak menyusahkan mak. Cukuplah mak letih menjaga abah yang sedang sakit.

Sampai di Taska, memang tak cukup tangan nak bawa beg. Yusuf dan Maryam pun masih mamai-mamai dalam kereta. Cikgu yang sedang bertelekung (mungkin lepas solat sunat..) siap keluar datang membantu.

Dalam kekalutan, dalam tak cukup tangan, dalam sambil pimpin anak-anak, ibu nak tinggal je kereta dalam keadaan enjin hidup dan beg ibu ada dalam kereta. Sebab ibu nak tinggal kejap je..

Tapi ibu kena tegur dengan cikgu. Dalam kelam kabut tu, sempat cikgu bercerita ada seorang ibu yang kena curi beg tangannya. Gara-gara tinggal kereta tidak berkunci di luar taska..

Risau juga ibu mendengarnya. Jadi sama-samalah kita jadikan apa yang dah berlaku sebagai pengajaran. Walaupun sekadar nak tinggalkan kereta tu sekejap je, baiklah kita kunci. Dan jangan tinggalkan apa-apa barang berharga dalam kereta dengan terdedah. Sebab kereta berkunci pun, cermin tetap boleh dipecahkan.

Oh ya, sebelum i ibu ada ada buat entry bertajuk Cara Selamat Hantar Anak Ke Taska . Jemputlah baca.. Juga jemput 'like' untuk kita kongsikan kepada kawan-kawan lain sebagai cara kita berpesan-pesan.

Sekadar gambar hiasan.. (sumber)

Gambar peragut yang dikatakan maut selepas bertembung dengan kereta pemilik beg yang diragut..

Semoga kita dijauhkan dari sebarang musibah. Amin ya rab..



6 comments:

  1. A,ah.skrg ni mmg kene extra hati2 dlm apa jua keadaan

    ReplyDelete
  2. Memang kena lebih berhati2 sekarang ni walaupun di rumah sendiri..

    ReplyDelete
  3. bimbangkan skrg ni,
    mkn dibendung makin menjadi..

    bulan pose lepas, kakak kwn saya kena ragut, ekceli bkn ragut tp time die anto anak taska, dukung sdg tido x kunci pintu sbb ada lg anak dlm keter.. dtg perompak ni terus amek enbeg wat lari..
    melopong aje la.. huhuhu
    nauzubillah!

    ReplyDelete
  4. mmg sentiasa kena hati2..FIL sy mmg sgt mementingkan hal keselamatan..barang berharga or beg jgn biarkan terdedah.setiap masa beliau pesan..:)

    ReplyDelete
  5. minta dijauhkan semua itu....kita perlu bringat zefa...kt mana2 ada penjenayah..pernah seorg cikgu dikwsan perumahan akak diragut semasa sdg mengunci pintu pagar.....

    ReplyDelete
  6. nampak macam sekejap je kan. tapi yang sekejap tu la boleh undang bahaya.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...