Follower

Saturday, March 10, 2012

Selepas 3 Malam Jumaat..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Semalam, balik dari kerja rumah ini benar-benar terasa lain. Ibu balik disambut dengan daun-daun kering yang bertaburan di depan rumah.. Rumah terasa kosong dan sunyi.. Tiada lagi insan berbaring di ruang tamu.. Tiada lagi bau orang sakit.. Semuanya terasa lain..

Selepas 3 malam Jumaat abah dan mak bersama kami, abah dan mak berhijrah ke rumah kakak. Terasa masih baru ibu jemput abah dari hospital dan bawa terus ke Shah Alam 3 malam Jumaat yang lepas..

Ibu tak pernah minta siapa-siapa pun ambil abah.. Dan ibu tak pernah ambil tahu jika ada siapa-siapa yang mahu ambil abah..

Ibu kena terima hakikat.. Anak abah bukan ibu seorang..

Semoga abah kembali sihat.. Semoga emak terus sabar dan tabah..

Amin..


Doa ibu bapa (sumber gambar)

7 comments:

  1. itulah sunyinya anak tanpa ibubapa di sisi apatah lagi jika mereka sudah tiada buat selamanya...

    ReplyDelete
  2. bila tak ada memang sunyi kan? semoga abahnya kembali sihat dan emaknya terus kuat dan tabah serta sabar melayan abah.

    ReplyDelete
  3. aminnn... tqvm share article... merenung diriku sendiri jap..

    ReplyDelete
  4. syukur, dia ada anak2 yg bertanggungjawab

    ReplyDelete
  5. Abah & mak Zefa bertuah kerna punya anak yg bertanggungjawab.. Moga Abah Zefa kembali sihat..

    ReplyDelete
  6. Semoga abah Pn.Zefa segera sembuh..Amin

    ReplyDelete
  7. begitulah adat kita dlm menjaga hubungan antara kluarga.....saling brtimbang rasa n saling menyayangi...zefa bertuah krn mampu menjaga abah yg sakit brbanding akak yg tinggal jauh beratus batu dr keluarga..sskali je mampu menjenguk mrk....hati rasa amat trkilan namun trpaksa redha......

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...