Nuffnang

Follower

@@@@@@@@@@@@@@

SELAMAT DATANG KE JEMARI ASMARA


Selamat datang ke Jemari Asmara. Blog catatan jemari ibu tentang 'Keluarga Sihat' kami; ibu, ayah, Yusuf dan Maryam. Blog santai yang ada cerita jalan-jalan kami, makan-makan kami, cerita masak-masak ibu, hobi ibu.. Senang kata, cerita tentang kami sekeluarga..

Berinspirasikan sebuah keluarga yang sihat, ibu kini seorang Shaklee Indipendent Distributor (SID). Untuk info tentang Shaklee boleh rujuk pada sidebar kanan blog ya..

SID mesra anda:
Zefa NorAsmara bt Jubir (Ibu Yusuf & Maryam)
ID: 909824

Sunday, March 4, 2012

GARAGE SALE @ ANGGERIK MALL SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Wahai warga lembah Klang.. Tahukah anda bahawa setiap hari Ahad berlangsungnya Garage Sale di Anggerik Mall dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang? Macam-macam ada..

Maka dengan itu, jomlah sama-sama kita meriahkan suasana di sana setiap Ahad ye.. Ibu Yusuf dan Maryam ni boleh dikatakan tiap-tiap minggu mesti pergi. Kalau tak membeli pun, cuci-cuci mata. Support kawan-kawan.. Sebahagian dari peniaga adalah kawan-kawan sehobi ibu.. :D 


Ini gambar yang ibu ambil pagi tadi. Harini pergi berempat, sebab nak potong rambut Yusuf di kedai gunting rambut feberet ayah Yusuf. Biasanya ibu selesa pergi sendiri, bukan apa takut Tragedi Anggerik Mall berulang. Huhu..



Bukan pinggan mangkuk lama je tau.. Macam-macam ada, ada yang baru, ada yang terpakai..

 

Buku-buku pun ada juga..

 

Intai dari atas..

Banyak lagi gambar, tapi tak rajin nak upload. Ngee.. Tak rajin ke malas?

Ce intai FB Secondhand Shop. Ada banyak gambar Garage Sale.. Terjah jangan tak terjah..

Owh.. Anakanda Maryam sudah mengantuk Ibu mengundur diri dulu. Jumpa lagi ya..

Salam sayang buat semua.. :D




2 comments:

  1. tak dapet den nak nolong sbb jauh sgt..:)

    ReplyDelete
  2. Teringin nak pergi, tapi jauh..
    Kalau Zefa pergi lain kali & jumpa cwn maharani bunga padi, tlh rembat utk akak ye.. hehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...