Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, Isnin kembali muncul mengikut putaran masa, hari dan minggu. Syukur dengan nikmat kehidupan kurniaan Ilahi.
Mood berdeko masih menyelubungi ibu Yusuf. Pagi-pagi dah menggoogle langsir hasil idea orang lain. Untuk tatapan diri sendiri, dan kemudian pastinya untuk dikongsikan pula dengan teman-teman pembaca Jemari Asmara.
Kalau semalam ibu kongsikan beberapa contoh langsir berwarna putih, harini ibu teringin nak mengintai yang pink-pink gitu. Cuma kalini ibu kongsikan yang berwarna warni.. Nanti-nanti ibu kongsikan langsir merah jambu yang polos pula.
Semua gambar di bawah ibu ambil dari Design by Milanda.
Cantik.. Padanan merah jambu polos, berbunga dan warna hijau yang kontras.
Gabungan warna yang sangat menarik ibu kira. Adakalanya, kita terlalu 'berkira' dengan kesesuain gabungan warna. Namun jelas, adakalanya yang kontras juga menarik pandangan mata.
Ibu jatuh cinta dengan warna ini..
Ini warna apa ya? Tapi ibu kira masih dalam kelompok merah jambu lagi kan. Ringkas, tapi nampak sungguh indah.
Merah jambu yang agak garang..
Kebiasaannya, merah jambu dikaitkan dengan kelembutan. Tapi warna ini sesuai dengan mereka yang mahu suasana ceria dan hangat dengan tema merah jambu. Cuma jujurnya, yang ini bukan citarasa ibu Yusuf.
Okey, 3 gambar dulu untuk cucian mata kali ini. Moga-moga ada rezeki yang lebih untuk ibu Yusuf tukar langsir Baiti Jannati yang dah nak masuk 3 tahun tu. Hihi..
Jumpa lagi..
lembut2 je wananya..cantik
ReplyDeleteAah kak.. yg no 1 dgn 2 tu lembut je warnanya. Yg no 3 garang sikit warnanya..
Deletecantik2 warna langsir tu hehe....entah bila agaknya mampu buat langsir mcm ni
ReplyDeletePelan2 Na, yg penting tingkap rumah kita bertutup.. :D
Deletesuka gambar nombor dua jugak. sejuk mata tengok.
ReplyDeleteCantikkan warna dia. Mmg sejuk je pandang..
DeletePemilihan kombinasi dua kain plain dan bunga itu yg menarik. Kakak suka tengok tapi nak tukar selalu ampunlah.... tak larat rasanya.
ReplyDeleteSamalah saya kak.. Suka tgk sambil berangan2.. Pakai dulu mana yg ada..
Deletekak, et pon ngah usha langsir la nih...dlm pale cam nk wat kaler merah...nnti kot akak ada idea kaler lain ke share la eh...hehe
ReplyDeleteLangsir rumah akak sekarang warna merah eT.. :D
Deleteyang no due sgt3 cantek2..suke sgt...:)
ReplyDeleteKak zefa suka yg no 1 dan no 2..
Deleteyg no 2 tu cantiklah :-)
ReplyDeleteIna sependapat dgn Riny.. :D
Deletebulan depan dpt backlated kak zefa,beli la langsir baru.hikhik..
ReplyDeleteHuhu.. lap air mata.. roadtax kereta mati bulan dpn la PK..
Deletecantik2 semuanya kak zefa.. izan pun paling suka no 2!
ReplyDeletehijau + pink tu kesukaan akak. Kalau corak bunga tu kecik2 lagi cantik
ReplyDeleteSukanya merah jambu terang tue hihihi
ReplyDelete