Follower

Saturday, March 31, 2012

IDEA DEKORASI RUANG TAMU: UBAH GAYA ELAK JEMU


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tu diaaaa.. Malam sudah menjelma. Ibu Yusuf baru terkedek-kedek nak buat entry untuk harini. Padahal harini tak ke mana pun, duduk rumah sahaja. Tapi en mood tak datang menyinggah, dan puan idea tak datang menyapa.

Duduk rumah pun tak buat apa, kemas-kemas sikit-sikit. Itu je, kesihatan pun masih kejap ok, kejap tak. Kepala sakit dek selsema, badan letih dek batuk yang berterusan. Redha ajelah.. dan jihad tak minum ais masih terus bertahan.

Jadi untuk malam ni, agar Jemari Asmara tak terus sepi.. ibu nak kongsikan ruang tamu kedua yang diberi nafas baru. Apakah?


 Apa yang berubahnya?

Hahaha.. Tengok ajelah langsir yang sama tu ye. Tuan rumah belum ada bajet nak beli langsir baru. Walaupun angan-angan dah tinggi menggunung. Idea dah datang mencurah-curah dengan bantuan en google. Sabar lah dulu..


Yang berubah hanya gaya ikat langsir..

Dulu langsir tu ikat kanan, kiri dan tengah. Sekarang cuma ikat kanan dan kiri sahaja. Okeylah tu, ubah gaya juga namanya kan? Hehe..

Cuma ayah Yusuf beri pandangan, kalau nak ikat gaya macamni sesuai buat langsir yang ada kepala. Jadi tak nampaklah besi langsir di tengah-tengah. Hmmm.. Bernas juga idea deko-deko ayah Yusuf ni.

Bunga merah tu dulu tak sesuai letak situ, sebab sama-sama merah. Jadi bila dah berlatarkan krim, maka sesuailah ia duduk disitu. Bunga tu pun dah 3 kali pindah. Mula-mula duduk atas meja makan, lepas tu pindah ruang tamu pertama, sekarang duduk di ruang tamu kedua lah pulak.

Oh ya, bunga tu dulu ibu gubah sendiri tau.. :D


Lapik meja pun baru juga.. Yeay!! Owh.. abaikan sepah bawah kerusi..

Selama ni meja kopi ni togel je. Baru je belikan dia baju, tu pun beli online dengan geng ESDG @ FB. Terjah Romantika dengan KK Home Deco tak ada pula yang berkenan.

Untuk makluman, ruang ni sempit je. Bukaan lebar dalam 2 depa lebih sikit je. Mengadap pintu utama pula tu. Jadi memang ibu deko ringkas-ringkas sahaja.

Lagi satu, sebelum ada yang tanya tak nampakke dari luar malam-malam ikat langsir. Hahaha.. Ini untuk tujuan penggambaran sahaja. Lepas siap ibu lepaskanlah semula. Pagi besok ikat balik. Kadang-kadang nak pergi kerja tak sempat ikat langsir, bertutuplah dia sampai besok paginya balik.

Okeylah, itu sahaja yang nak ibu kongsikan malam ni. Terlaksana juga cabaran untuk memastikan Jemari Asmara mesti ada sekurang-kurangnya satu entry sehari.

Jumpa lagi.. :D



12 comments:

  1. cantik dan kemas ruangannye yer...:)

    ReplyDelete
  2. sy klu dtg malas satu entry pun tak terhasil.sellaunya klu hari duti lg malas nak u entry.kihkih..

    wah ubah gaya ikat langsir ye..ubah gak tu kan..

    ReplyDelete
  3. cantik kak... adakalanya tukar gaya ikatan langsir pun dah memadai. mood baru tu penting kan.

    ReplyDelete
  4. Rajin ibu mengemas. Mama pun dh banyak kali ubah letak susunan perabut. Tringin nk tukar langsir, tapi... Hehehe... Ketiadaan budget utk langsir ;)

    ReplyDelete
  5. bilelah nak jangkit aura ibu yusof ni...kattempat kerje + kat rumah memang superblah!

    ReplyDelete
  6. buat macamana pun buah suai ia tetap menarik di pandang

    ReplyDelete
  7. langsir warna merah mmg tertarik menarik

    ReplyDelete
  8. Tukar gaya ikatan langsir pun dah memadai utk wujudkan kelainan. Nampak cantik.. Zefa memang suka warna merah ye??

    ReplyDelete
  9. salam kenal
    dari blog kak yus
    lawanya langsir..rumah saya pun lgsir kain jenis ni.tapi bunga kaler biru
    dah berzaman x tukar lgsir

    ReplyDelete
  10. saya suka kerusi kayu jati camni..sesuai untuk ruang yg sempit cam umah sy nihh..kalau sofa..adehhh susah nak lalu...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...