Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Lagi catatan makan-makan kami sekeluarga. Hahaha.. Kantoi!! Nampak sangat ibu Yusuf dan Maryam ni malas masak kan? Asyik makan kat luar je.. Malam Ahad makan kat Kampung Baru, malam Isnin outing lagi.
Hmmm.. Bukan malas, cuma kadang-kadang kerajinan tu terbang ditiup angin lalu. Ekekeke..
Mula-mula ibu rasa nak makan kat Restoran Mee Ketam, Seksyen 7 Shah Alam. Ramai blogger kata tempat ni best.. Tapi masa kami sampai, restoran tu tak nampak meriah pun. Nampak suram je, orang pun tak ramai.
Kedai sebelah dia, kedai Mee Bandung Udang Galah. Owh, hebat!! Ketam berjiran dengan udang galah. Jangan gaduh sudah.. Hehehe..
Tapi, memandangkan Restoran Mee Bandung Udang Galah tu lebih meriah dan ramai pengunjungnya, ayah Yusuf pilih nak ke situ. Oh ya, Restoran Mee Bandung Udang Galah tu namanya Restoran Bisik-Bisik. Lokasi yang sama kami makan makanan arab tahun lepas. Bukanlah kedai yang sama, tapi bangunan yang sama.
Ini antara menu yang ada. Selain pelbagai pilihan mee bandung, ada juga nasi ayam. Hebat!! Pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3 gitu. Baru tayang bulan Februari 2012 yang lepas, tapi penggambaran tahun lepas lagi (yang ni ibu interview cashier dia, peramah kan ibu Yusuf? Ngeee..).
Ini pula menu masakan panas yang ada. Menarik!! Hidang dalam kuali comel. Setiap pembelian menu di atas, percuma air teh o ais atau panas.
Ini ibu yang punya. Mee Bandung Udang Biasa.. RM6.00 harganya. Udang ada 4 ekor..
Rasanya? Sedap cuma manis sikit. Mee ni akan lebih menepati selera ibu kalau dia letakkan sepotong limau untuk diperah.
Ini ayah Yusuf yang punya. Nasi putih dengan paprik seafood. RM7.00 harganya. Ibu tak sempat nak cukai rasa, tengok-tengok dah habis. Pun lupa nak tanya ayah, sedap ke tak.
Yusuf dan Maryam makan apa? Maryam makan otak-otak je, Yusuf makan nasi lemak 2 bungkus.
Secara keseluruhan, okeylah. Hidangannya lain dari kebiasaan, jadi boleh dicadangkan kepada kawan-kawan yang datang ke Shah Alam. Lain kali kami nak cuba Mee Ketam pula..
Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi.
waaa..ni lak edai yg dikabar kabar kan tu ye...nak pegi la!
ReplyDeletemenggoda, sib baik perut daa knyang
ReplyDeleteMee ketam,fuyoooo!tinginnye nk mkn. Udang galah??astagfirullah, ya hampunn...huhuhu
ReplyDeletesy duduk jek dekat..ari2 ulang alik uitm... Singgah je belum. Tak tahu kenapa. Hubby mcm tak berminat je nak cuba..padahal kita ni beria2 nak makan kat situ
ReplyDeleteBoleh jadi geng kakak. Kakak kalau cuti sekolah boleh katakan 90% makan malam mesti diluar...
ReplyDeleteUdang dlm pinggan pilihan ibu tu buat kakak terliur...
besar nyer udang...
ReplyDeleteterliur saya tengok udang tu!! sedapnya..............tak sabar nak balik Shah Alam ni hehe
ReplyDeletewow sedap2..bab makan mmg best.mee bandung plak tu, udang beso2..
ReplyDeleteudangnya tu amat mengoda...
ReplyDeletenasi en ayah mmg dighidangkn dlm kuali kecik ek zefa?????
mcm best je mee bandung tu..sek 7 kt area mane kak?
ReplyDeletedah lama tak ke shah alam.
ReplyDeleteKalau nak kelainan boleh ke sini.. Makan dlm kuali ke Zefa?
ReplyDeletenampak sedap sgt...mee udang tu..
ReplyDeletewow sungguh mengancam udang tu
ReplyDeleteHi zefa...memang betul saya dah gi kat kedai mee ketam tu...frustrated jerr ...quality ketam dia amat menyedihkan dah la tu pegi satu keluarga lak tu...kita orang nih datang dari JB so dah memang biase kat sini ketam2 fresh giler so bila nengok ketam2 kat restoren nih aduiiii sedeyyy sesangat. TAPI NAK KEJE TERJAH KAT SEBELAH DIA TU one day la kan....cakap pasal makan nanti singgah yer kat blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal MAKAN, MAKAN DAN .....MAKAN hehehe...dan kalu sudi tu follow ok maklumla blog baru sunyi skit TQ bebanyak ..
ReplyDeleteSalam puan. Lepas ni boleh la cuba mee bandung kuah kacang pula. www.meebandungbp.com
ReplyDeletekedai ni tutup kul brpe
ReplyDeleteJemputlah cuba mee bandung kuah kacang 'odeon' batu pahat :)
ReplyDeleteTeh Laris Kafe 21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park . Setiap hari kecuali Ahad. 8am to 7pm