Follower

Sunday, March 25, 2012

UDANG GORENG KUNYIT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama dah rasanya tak kongsi air tangan di Jemari Asmara. Nak kata malas masak tak juga, sebab hampir tiap-tiap hari masak (hampir je, bukan tiap-tiap hari tau.. hihi..). Cuma tak berapa rajin nak bergambar je..

Ini salah satu hidangan kami malam tadi..


 Udang goreng kunyit..

Sebelum Maghrib dah siap masak, tu yang bila bergambar masih nampak cerah di luar. Selain udang goreng kunyit ni, ibu masak tomyam sotong dan ikan cencaru goreng.


Sila abaikan kecomotan itu..

Masakan paling senang dan mudah. Pejam mata pun boleh buat. Erkk.. Tipu, maaf. Mana boleh masak pejam mata. Bahaya. Kan?

Ibu kongsikan di sini Udang Goreng Kunyit cara ibu Yusuf dan Maryam..

RESEPI UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya:

12 ekor udang
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
3 batang kacang panjang dipotong anggaran seinci
1/2 cawan minyak

Cara-caranya:

1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit sehingga rata

2. Panaskan minyak di dalam kuali

3. Goreng udang sehingga separa bertukar warna

4. Masukkan kacang dan bawang besar. Goreng sehingga udang bertukar warna sepenuhnya.

5. Sedia untuk dihidangkan

Nota Ibu:

* Udang goreng kunyit cara ini menghasilkan udang yang lembut dan tidak garing

* Untuk resepi udang goreng celup tepung ala Thai boleh klik di SINI..


Sekian dari dapur ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..




10 comments:

  1. terliur jugak tengok...tapi akak tak makan udang...huhuhu

    ReplyDelete
  2. nyam..nyam...sedapnya, alhamdulillah. Tengok gambar aja dah kenyang :)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...Pagi-pagi BW dah nampak udang goreng kunyit...aduhai laparnya....

    Nampak Sedap sangat....

    ReplyDelete
  4. simple tapi sedap. anak2 saya pun suka.

    ReplyDelete
  5. sedap..baru jer buat minggu lepas.tp sy pakai buncis..:)

    ReplyDelete
  6. sedapn dan mudah resepi ni ye kak... cam nak buat jugalah hari ni.

    ReplyDelete
  7. Biasa juga akak buat. Mudah & cepat..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...