Follower

Tuesday, March 13, 2012

Bila Meter Elektrik Lebih 15 Tahun/ Blackout/ Rumah ke 100..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu cuti. Cuti jimat duit namanya. Hehehe.. Kan sekarang cuti sekolah, kalau ibu hantar Taska kena bayar tau. Seorang RM4 sejam, kali 2 orang, kali berapa jam ibu tinggal kerja, kali seminggu. Fuhhh.. Berkeping-keping RM akan keluar dari dompet Bonia ibu. Lebih baikla ibu cuti kan.. Tapi tak dapatla nak cuti seminggu berderet, selang-selang bolehlah.

Pagi tadi ibu angkut anak-anak ke pejabat, selesaikan beberapa urusan. Lepas tu kami jalan-jalan kat Plaza Alam Sentral. Ibu shopping kat Romantika.. Tapi shopping dengan kadar terkawal tau. Alhamdulillah, korban RM40++ je tadi. Lama tak tambah aksesori rumah..

Balik pada tajuk, tu sebenarnya cerita Sabtu (3.3.12) minggu lepas. Jumaat, kami dapat notis dari TNB yang mengatakan meter letrik rumah kami dah berusia 15 tahun dan perlu ditukar. TNB akan ganti meter tu dengan meter baru secara percuma.

Notis tu dah maklum awal-awal, proses penukaran akan berlangsung dari jam 8.00 pagi dan 5.15 petang. Pun maklum awal-awal, masa proses penukaran meter bekalan api akan terputus dalam lebih kurang 15 minit hingga sejam.

Tapi tunggu punya tungu, punya tunggu.. Dari cerah hingga gelap.. Aik! Tak datang-datang pun. Sekali beberapa minit sebelum azan Maghrib datang segerombolan manusia, ramai.. ada yang naik van, ada yang naik motor. Orang TNB rupanya.. Berkerjalah mereka ketika Azan Maghrib berkumandang..

Ibu pun memaniskan mulut bertanya sepatah dua kata. Cewahh.. Manislah sangat. Kisahnya, mereka gagal menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan. Sepanjang hari mereka dah tukar meter 100 buah rumah.

Dan.. Rumah kami adalah rumah yang ke 100 dan yang terkhir. Huhuhu.. Sabar ajelah..


Rupa meter baru..

Err.. Apa moralnya ceritani? Saje, senang ibu nak ingat bahawa meter buruk rumah kami dah ditukar pada 03 Mac 2012 jam 7.30 petang +-.. Hihihi..

Jumpa lagi.. :D




8 comments:

  1. Legalah... bagus juga bimbang kalau lama tak ditukar - sekarang kes arus letrik yg tetiba mambuat rumah terbakar dah banyak...

    ReplyDelete
  2. rumah mak saya pun baru kene tukar meter jugak sbb vot dah tinggi tak boleh tampung klu meter lama...

    ReplyDelete
  3. Oh kalau dah lebih 15 tahun kena tukar eh, baru tau ler..

    ReplyDelete
  4. buat kerja sambil borak2 mmg la lmbt siap. hahaha...

    ReplyDelete
  5. Baguslah dh tukar baru. Bahaya kalau ditangguh2..

    ReplyDelete
  6. bauslah dieorg tukar free,klu tak berpeluh gak tu nak bayar.(klu sylah..hehe)

    ReplyDelete
  7. Eloklah tukar...demi keselamatan keluarga...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...