Follower

Saturday, December 3, 2011

Tak naklah.. Abang garang sangat..


Sabtu.. Ibu kerja.. Ini n3 autopublish..

Inilah hakikat penjawat awam yang memegang gred S ye.. S tu sosial! Haha.. Hari ni terpaksa bergedik-gedik joint Konvoi Skuad 1Malaysia. Err, ibu Yusuf tu gedik ke orangnya? Hmmm.. InsyaAllah tak adalah. Saja bikin panas pagi-pagini. Program yang ibu joint tu pun bukanlah program meraban, tapi lebih kepada program khidmat masyarakat. Harini kami akan berkonvoi melawat beberapa penduduk kampung yang dirasakan memerlukan khidmat kami.

N3 harini tiada niat apa-apa, sekadar satu rakaman kenangan gelagat anak-anak yang buat ibu rasa tercuit..



Lokasi: ruang tamu utama Baiti Jannati..

Pesanan buat pembaca: Sila abaikan kain yang tak habis lipat tu.. siap ada yang wajib 'cover' lagi. Kih kih..

Situasi: Dua beradik lepas kena marah dengan ibu sebab sepahkan ruang menonton. Ibu denda dua-dua duduk di ruang tamu jangan pergi mana-mana sementara ibu vakum kawasan depan tv. Ibu suruh abang ajar adik iqra'

Dialog dua beradik..

Abang: Gho ba ro ti

Adik: Ro ba ro ti

Abang: Sebut betul-betul.. gho ba ro ti

Adik: Ro ba ro ti

Abang: Adik ni main-mainlah.. bacalah betul-betul..

Adik: Abangni, bacalah satu-satu.. Adik kecik lagi la.. Baru 4 tahun..

(dialog selepas tu ibu tak dengar sebab masuk bilik air, keluar bilik air ini yang berlaku..)

Situasi: Adik bangun masuk bilik..

Abang: Nak pergi mana tu.. baca tak habis lagi..

Adik: Taknak lah.. abang garang sangat..

*********

Kih kih kih.. agak-agak anda semuanya, garang Yusuf tu tiru gaya siapa mengajar? Ibu atau ayah? Ce teka, ce teka.. Petangni ibu bagi jawapan okey.. :D

Jumpa lagi..


15 comments:

  1. saya tahuuu...(sambil angkat tangan).hehee..yg tak tahan tu siap boleh 'cover' lagi tu kain yg tak berlipat :-))

    ReplyDelete
  2. ikut ibu kot hehe sbb bila ibu soh dok diam kat sofa, terus duduk.. mesti garang hehe...

    ReplyDelete
  3. alahai tomei ye 2 org kanak2 ribena tu....

    ikut ibu kot?????hi.hi.hi....

    ReplyDelete
  4. Bagusnya abang dah leh ajaq adik....

    ReplyDelete
  5. biasa ibu lagi tegas berbanding ayah..hehe

    ReplyDelete
  6. rasanya ikut ayah pasal akk nie lembut jer orgnya.hehe...

    ReplyDelete
  7. ibuu!!! sebab selalu orang muke garang ni sentimentel..muke lembut selalu brutel keh8!

    ReplyDelete
  8. ibu garang, depan orang kontrol baik punyer ..kihkih

    ReplyDelete
  9. heehehe... cerita ni sebijik macam anak-anakku.

    Agaknya dulu pun kita gitu kot.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...