Follower

Sunday, December 11, 2011

KLIK Musim Kedua @ Astro Ceria 611


Kali pertama ibu buat n3 tentang review-mereview cerita.. Hihi..

Sana sini buat review tentang drama tv atau filem diblog masingmasing. Cuma selamani ibu Yusuf sekadar menjadi pemerhati. Baca sekadar untuk tahu kerana sesungguhnya ibu Yusuf bukan kaki drama apatah lagi kaki filem. Kalaulah ibu kaki tv, nampaknya terpaksalah beli tv lain. Mana tidaknya, anak-anak dan Astro Ceria sukar dipisahkan.. Tidur anak-anak, si ayah pula tengok sukan. Sudahnya? Ibu layan lappy sajalah..

Tak suka, tak suka pun.. Ibu selalu teman anak-anak tegok tv. Jadi, cakapje apa cerita di Astro Ceria tu. Semua ibu tau tau.. hihihi.. Janganla gelak, kalau ibu kata ibu suka tengok cerita KLIK. Alaaa.. cerita pasal budak-budak sekolah menengah tuu. Yang wataknya ada Redwan, Aizat, Karthik, Elisya, Alia, Amanda, Eve dan Amir tu.

KLIK ni cerita remaja yang ibu rasa santai je nak tengok. Walaupun watak Amir tu dicipta sebagai 'jahat' tapi tak menyakitkan hati. Walaupun watak Amanda tu 'gedik' tapi ibu tetap suka tengok dia. Cute je dia tu..

Tapi tu semua KLIK musim pertama lah. Dah habis dah.. Sekarang muncul KLIK musim kedua bermula 4 Disember 2011, tai ibu baru berpeluang tengok tadi. Watak Amir dah tak ada. Masuk watak baru Nadia, Aqil dan Herman. Tapiiii..... Hmm, macam dah tak berapa suka. Sebelum ibu bagi pandangan, meh baca ni:

Cuti sekolah telah berakhir dan geng KLIK kembali ke sekolah semula. Musim ini menampilkan REDWAN si hero nakal, ELISYA yang manis, ALIA si ulat buku yang bijak, AIZAT si comel yang kelam kabut, KARTHIK si ketua pengawas yang berwibawa, EVE si pencinta alam yang sangat pembersih serta AMANDA si ratu.

Kemunculan pelajar dari kelas lain yang baru masuk ke kelas mereka iaitu AQIL dan NADIA membuatkan keadaan huru hara. AQIL yang bersikap lurus dan terlebih ceria merasakan dirinya perlu bergaul dengan kawan-kawan barunya. NADIA pula seorang tampak lembut dan comel pada luarannya tetapi rupa-rupanya di sebalik semua itu, NADIA sangat garang dan ganas. Dalam masa yang sama, muncul HERMAN, seorang pelajar pertukaran yang cemerlang di sekolah lamanya. Misi HERMAN hanya satu, dia nak jadi nombor satu.

Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang persekolahan, bermula dengan Redwan Vs Herman, Aqil dituduh sebagai pembuli, demam K-Pop melanda sekolah, Redwan dihukum kerana ponteng, Karthik nak pindah sekolah, pertandingan gadis muka depan majalah, cikgu merajuk sebab semua pelajar tak ingat hari guru, Aizat bakal turun kelas sebab gagal peperiksaan, ayah Eve seorang penerbit terkenal sehinggalah kepada siri perkhemahan yang dahsyat.

Ibu copy dari SINI.

Kenapa ibu tak suka, adalah kerana ibu tak suka cerita yang ada watak sakitkan hati. Bagi ibu pelakon watak Herman tu gagal membawa watak antagonis dalam sebuah cerita santai. Memek muka berlagak yang diekspresikan berlebih-lebihan. Gaya eksyen yang berlebih-lebihan..

Berbeza dengan Joey yang membawakan watak Amir sebelumni. Dia juga adalah watak antagonis, yang selalu tidak sebulu dengan watak Redwan. Tapi pembawaan wataknya bersahaja dan tidak berlebih-lebihan. Bukanlah sebab ibu suka budak Joey tu, tapi memang dia bijak memain watak antagonis yang santai.

Dua lagi watak baru iaitu Aqil dan Nadia, ibu no komen lagi. Setakat episod harini watak mereka belum sangat ditonjolkan. Tengoklah nanti, kalau ibu sanggup nak mengadap Herman tu, ibu tengok lah. Kalau rasa menyampah sangat, tak kuasa ibu nak menghadapnya..


Inilah Wawa yang bawa watak Amanda yang gedik tu.. Tapi, okey je.. Ibu suka je tengok dia. Ibu cuma tak suka Herman je. Ngeee.. :D



16 comments:

  1. Cayalah ibu yusuf. Siap bleh review drama kat Astro Ceria. Comel gak Wawa tu.

    ReplyDelete
  2. haha tak sgka akk suka tgok KLIK. sy jarang sikit layan KLIK.tp tak nafikan sy pun tonton apa yg Aiman tgok di ceria tu..ckap jer cerita apa semua tau..cuma tak berapa mengikuti ja.hehe

    ReplyDelete
  3. kaklong dah lama tamatkan siaran astro ni,dah tak kose nak bayar bulan2nya dah...

    ReplyDelete
  4. salam kenal dan dofollow sini

    yupp ibu bapa perlulah jadi pembimbing anak2.. macam mama,selalu 'ceritakan' balik kisah yg anak2 mama tonton agar mereka 'faham' dan tidak akan 'salah faham'.. x kisahlah mama minat atau x ngan cerita tu...

    ReplyDelete
  5. Samalah tu..anak2 akak layan Astro ceria..ayahnya pulak layan sukan...tgk jugak KLIK kalau anak2 tengok..tapi jarang2...

    ReplyDelete
  6. salam Zefa,k.atie Xpernah tgk citer tu lar :D.

    ReplyDelete
  7. Ttg pertanyaan zefa tu..anak llaki k.atie mula bercuti pd penghujung bulan disember..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. sampai si ibu pun hafal dengan semua watak di Astro Ceria... ekeke

    ReplyDelete
  9. Alamak... banyaknya dah ketinggalan cerita sekarang ni.. Tapi memang setuju sesangat, Astro Ceria tu terpaksa ditonton oleh satu keluarga sebab kuasa veto di tangan anak-anak..hehe

    ReplyDelete
  10. hehe..anak-anak sy dah lama x tgk astro ceria sbb ada channel cartoon yg lain..


    citer klik nih salu gak nengok iklannya


    wawa tu cantiknya!!

    ReplyDelete
  11. tak tgk sg. kalau kebetulan ddk mengadap tv dan anak2 buah bukak dan ada cerita tu baru tgk. biasanya budak2 ni habiskan ms dgn cerita kartun je.

    ReplyDelete
  12. xlayan astro ceria..maybe sebab ank kecik lg kot..tak pandai nk demand siaran..ekeke

    ReplyDelete
  13. wah kak.. sampai dah review cerita yee..

    ReplyDelete
  14. sy xtgk pun sbb dkt umah xda astro.. hihii.. blik kg baru ada..

    ReplyDelete
  15. Tak pernah tgk sebab kat rumah tak de astro

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...