Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Rabu tanpa kata? Tidak!! Hari ini ibu mahu meluah rasa. Dalam kerterbatasan waktu, ibu sempat membaca entry peserta-peserta Jelajah Jemari Asmara GiveAway. Terkesima, terharu dan membungakan keriangan diwajah ibu. Terima kasih semua.. Secara umumnya semua yang baik-baik sahaja tentang Jemari Asmara. Allahu Akbar.. Andai itu tanggapan semua, ketahuilah; HIDUP TAK SELALU INDAH. Begitu juga dengan ibu Yusuf dan Maryam ini, ada kalanya berduka, adakalanya kecewa, malah adakalanya sengsara.
Terkini.. ibu merajuk dengan anak sendiri. Aduhai, ibu apakah ini? Yang bermain perasaan dengan anak yang belum cukup akalnya. Tapi jujur, kejadian pagi tadi buat ibu sebak dan terasa.
Hari ini ibu agak kesiangan. Mata hanya terbuka tatkala Azan Subuh berkumandang. Sedangkan itu ini belum disediakan. Selesai mandi dan solat, perkara pertama dalam fikiran ibu adalah sarapan. Biasanya kalau terlewat, ibu hanya akan sediakan cococrunch sahaja. Tapi memandangkan ada permintaan, ibu nekad bersilat didapur.
Yusuf minta nasi goreng, Maryam nak roti gulung sosej. Sekali harung, maka nasi goreng tu ibu letak sosej je.. sebab tak sempat nak keluar dan cairkan ayam.
Sekali dah siap dan hidang: ".. abang tak nak nasi goreng letak sosej... "
Huwaaaa.. Sentap ibu tau!! Nasib baik si cantik molek begitu gembira dengan roti gulung sosej dia. Terubat hati ibu.. Huhuhu..
Jika dilihat semula.. kecik je isu tu. Tapi hentahlah, sensitip la pulak ibu Yusuf harini. Nak kata datang bulan, dah lepas dah.. Hahaha..
Moral of the story: Ibu Yusuf dan Maryam ni hanya insan biasa. Banyak kelemahan dalam diri.. hatta perkara yang remeh temeh pun boleh termerajuk, kan?
Semoga ibu Yusuf dan Maryam (dan semua ibu-ibu) cekal, tabah, diberi kesabaran yang tinggi dan emosi yang kuat dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang wanita bergelar anak, isteri, ibu dan berkerjaya..
Semoga kita semua akan menjadi hambaNya yang lebih beriman dan bertaqwa. Amin..
Hasil google.. Lebih kurang macamnilah rupanya nasi goreng ibu pagi tadi.. huhu.. kredit..
Sekali dah siap dan hidang: ".. abang tak nak nasi goreng letak sosej... "
Huwaaaa.. Sentap ibu tau!! Nasib baik si cantik molek begitu gembira dengan roti gulung sosej dia. Terubat hati ibu.. Huhuhu..
Jika dilihat semula.. kecik je isu tu. Tapi hentahlah, sensitip la pulak ibu Yusuf harini. Nak kata datang bulan, dah lepas dah.. Hahaha..
Moral of the story: Ibu Yusuf dan Maryam ni hanya insan biasa. Banyak kelemahan dalam diri.. hatta perkara yang remeh temeh pun boleh termerajuk, kan?
Semoga ibu Yusuf dan Maryam (dan semua ibu-ibu) cekal, tabah, diberi kesabaran yang tinggi dan emosi yang kuat dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang wanita bergelar anak, isteri, ibu dan berkerjaya..
Semoga kita semua akan menjadi hambaNya yang lebih beriman dan bertaqwa. Amin..
Hasil google.. Lebih kurang macamnilah rupanya nasi goreng ibu pagi tadi.. huhu.. kredit..
yus pun selalu juga terkecik hati dgn anak2. Sama2lah kita perbaiki diri utk jadi ibu yg terbaik buat mereka kan.
ReplyDeletebetullah ibu... kadang2 benda yg sangat kecik pun kita boleh terasa hati ngan anak2 kan... lepas tu rasa sedih je sepanjang hari...
ReplyDeleteSaya pun biasa buat nasi goreng sosej kalau dah tak sempat sangat..tapi saya pun dah biasa dah kalau anak cakap nak menu lain selain dari kita buat..kadang kecik ati gak tapi saya selalu cakap, at least ada makanan..tapi kalau dia takmo gak, saya biar jelah, hehe..ada masa kita boleh ikut kehendak dia, ada masa kita kena ajar dia bersyukur dengan apa yang ada..
ReplyDeletealahai, selalu pun mcm tulah, saya pun selalu terkena, malam anak request lain untuk bekal, petangnya nanti komplen pulak napa bg bekal yg tu huhu
ReplyDeletekekadang komen tak sedap, lagilah sentap
biasalah tu,kita manusia biasa,kadang2 benda remeh pun hati wanita boleh tersentuh..:)
ReplyDeleteyg pasti kita hanya manusia biasa yg punya hati dan perasaan..ada kala ok n ada kala ko..zefa xperlu rasa brsalah krn itulah kelemahan kita dan insyaallah kita cuba prbaiki diri dan kesilapan.....dan dr peristiwa itu anak2 pn akn brfikir kenapa si ibu "hangin" dan majuk.....
ReplyDeleteBiasalah merajuk dengan anak2 ni Zefa tapi jangan simpan lama2 ye..
ReplyDeletekan kak..kdg2 kita sentap jugak tp tu la,bila difikir semula,jadi mcm menyesal plak..bdk2 sebesar itu apa la yg mereka tahu sgt.
ReplyDeletetp nasi goreng mcm akak tu mmg menu izan selalu buat utk sarapan anak hehe..
tak apalah. kita semua manusia. ada kekhilafan jgk. ank2 mmg byk karenah. kalau kureng sbr skt habis la.
ReplyDeletebiasa la kak hati seorang wanita.. mudah tersentuh.. semoga kiter sama2 dpt menjadi ibu yg terbaik utk anak2..
ReplyDeletepaham2. dah la rushing, pastu rasa mcm x dihargai... hahaha
ReplyDeletekadang2 memang kita mudah terasa.
kadang2 kita nie dok bersabar jer kan...hari2 sabar..sabar...sabar tapi jgn 1 hari nanti meletup sabar kita nie baru diaorg tahu...BSB pun tengah terasa hati dgn adik2 BSB..
ReplyDeleteadat lah zefa.. ada hari2 nya kita okay jer.. anak2 buat karenah apa pun kita layan.. tp ada masanya hati jd mudah terguris.. rasa kecewa.. hampa.. sedih,..
ReplyDeletedan ini lah kehidupan.. kita tak selalu dpt menampung rasa sabar.. ada hari kita kalah juga, sbb kita cuma insan yg tak sempurna kan..
Sabarlah Zefa.. kadangkala kita menag mudah tersentuh. Anak-anak sekecil itu masih belum memahami erti penghargaan sepenuhnya, lambat laun mereka akan faham.
ReplyDeleteNida dulu pernah juga terkecil hati bila anak Nida berkata "taknak makan ibu masak tak sedap".. Ya Allah, masa tu mengalir air mata di pipi.. suami terus memujuk...
Nida dapat rasakan apa yang Zefa rasa.. yang penting, ingatlah.. kitalah yang membimbing mereka, kitalah yang mendidik mereka... jadi moga kita kuat mengharungi semua ini.. Insya Allah