Assalamualaikum wbt..
Tengahari tadi, masa rehat.. Ibu berkejar (berkejar naik kereta tau, bukan berlari.. hihi..) ke Seksyen 7. 10 minit je dari pejabat ibu. Sesiapa baca entry ibu yang INI rasanya boleh agak misi ibu ke sana..
Al hamdulillah, ibu dapat bersua muka 3 dari mereka. Ibu cakap elok-elok tapi ada beberapa perkara yang ibu bertegas. Harap-harap perbincangan tadi dapat menghasilkan sesuatu yang positif. Kalau tak.. Hi Hi Bye Bye la jawabnya..
Lepas selesai perbincangan, maka misi diteruskan dengan jalan-jalan cari makan. Ibu makan di restoran paling dekat, Rz Nasi Kukus di Jalan Plumbum T 7T (ibu ingat-ingat lupa nama jalan tu) jalan kaki je.. Restoran ni mengadap Giant (tapi bukan berdepan)..
Menu utama nasi kukus dengan ayam goreng rempah. Ada juga lauk-lauk lain tapi tak banyak pilihan. Restorannya pun kecik je.. Orang pun tak ramai..
Nasi ayam kukus dengan ayam goreng rempah..
Rasanya? Bolehlah.. nasinya lembut, sedapnya macam sedap nasilah. Ayam rempahnya sesedap rasa, tak lah garing sangat, sedang elok. Kuahnya, bukan kari.. macam gulai. Cuma sayurnya taugeh je, layu dan tak fresh pula tu (taugeh ala-ala kat kedai mamak tu, warna kuning). Ibu lebih suka taugeh yang digoreng putih je, pastu taruk lobak sikit bagi cantik. Itu taste ibulah.. Oh ya, harganya RM5.00 satu set.
Nasini dihidang atas tampi beralas kertas.. Persembahan hidangan yang unik..
Jujurnya, ibu tak tau nama benda tu nama apa. Rupa macam tampi, tapi comel je. Masa nak snap pic ni baru perasan, 'berkaradus' je benda ni. Hehe.. Belasah je lah..
Buat kawan-kawan yang tinggal di Shah Alam bolehlah datang cuba makan di sini kalau mengidam nasi kukus. Tapi yang duduk jauh, ibu tak syorkan lah.. Secara umumnya, sedap.. tapi tidaklah sampai perlu datang jauh-jauh sebab nak rasa, kan?
Setakatni, nasi kukus paling best ibu makan yang dekat dengan Bukit Aman tu.. Ibu pun tak ingat (ke tak tau?) apa nama gerai tu.. Hi hi hi..
salam zefa.Semoga perbincangan antara & penyewa berakhir dgn baik ya.Dan sepatutnya mereka memahami zefa yg telah byk bertolak ansur dgn mereka.
ReplyDeleteBiasa g shah alam tp xpernah singgah ke seksyen 7...g seksyen 9 jer :D
nana jarang makan nasi kukus, tp suka!hehe..sodap kan sis:)
ReplyDeleteibu, izan macam tak pernah makan nasi kukus... nampak macam sedap je.
ReplyDeletebanyak tempat dah makan.. tapi rasanya yang paling sedap setakat ni di R&R Awan Besar KESAS.
ReplyDeleteedisi jalan-kalan cari makan yg buat kita jeles hihii..
ReplyDeleteGeram lihat ayamnya tu... nampak sedap sesangat.
ReplyDeleteNida pernah makan nasi kukus di Parit Bulat, Muar.. sedap sangat rasanya..
penah makan nasi kukus, t api t ak tau sedap ke tak sebab nasi sama jer rasa, lauk je yg bezanya
ReplyDeleteSalam Zefa...
ReplyDeletesedap je nampak nasi kukus tu. Lebih2 lagi tang sayur tu...
ira selalu makan nasi kukus kat gombak je, namanya nasi kukus wafi. memang femous kat situ....
sy jenis yg tak berapa suka mkn nasik klu mkn kt luar.mkn nasi kt rumah je.hehe..
ReplyDeletesedapnya zefa...xajak pn akak makan skali...he.he.he..
ReplyDeletenasi kukus yg best akak pernah mkn di PMas....rindu nk blk kg...hu.hu.hu...
Salam zefa..
ReplyDeleteEloklah kalau dapat berbincang cara baik.. Harap2 dpt penyelesai terbaik & xde dendam di hati..
Makan nasi kukus kat rumah je..
RM5 berbaloi tu kak,mengenyangkan...
ReplyDeleteizan kalau ke kemaman selalu mkn nasi kukus sbb sana byk hehe...best ke tak best tu tak tahu la sbb izan bukan cerewet,ekeke..dahsyat kan,mcm tekak ular aje hiks!
sy pelanggan tetap RZ nasi kukus..nasi kt sana mmg peghh sedap la..mmber2 sy pom mmg kedai ni port kitaorang lepak..sapa2 kt area sek7 s.alam rugi xtry nasi kukus kt RZ ni.:)
ReplyDelete