Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..
Harini hari Jumaat.. rehat yang panjang. Ibu Yusuf ronda-ronda Klang cuci mata.. (cuci mata la sangat.. kedai makan dekat pejabat tutup sebenarnya..). Sekadar berjalan kaki, ibu menyelusuri lorong-lorong yang kian meriah setelah beberapa hari lengang menuju Centre Point (CP)..
Melewati Masjid Bandar Klang (tepi sungai), khatib sedang membaca khutbah dengan lantang..
Hairan.. tatkala melintasi dua kedai makan, masih ada beberapa lelaki (beragama Islam ibu kira..) masih bersenang lenang. Bukan telah selesai makan, namun nampaknya baru sampai dan memesan makanan. Lantas? Ibu Yusuf hanya mampu menegur dalam hati..
Tiba di CP.. wah! Jika lupa haripun pasti teringat semula hari ini hari Jumaat. Sebab hari ini bukan hari raya.. tapi di sana sini lelaki berbaju melayu dan bersongkok. Tapi sayang.. mereka tidak berada di tempat yang sepatutnya. Mereka tidak solat Jumaat!!
Maka, APA GUNANYA BERBAJU MELAYU DAN BERSONGKOK? jika tak solat Jumaat.
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],
” (Surah Al-Jumu’ah: 9)”
Allahu Akbar!! Semoga ahli keluarga kita ditetapkan hati dan istiqomah dalam menunaikan kewajiban.. Semoga ahli keluarga kita juga dijauhkan dari menjadi golongan yang tertutup hatinya.. Na'uzubillah..
Tengok!! Banjir pun mereka ke masjid!! SUMBER
tu la apa guna berbaju melayu dan bersongkok ek...
ReplyDeletemalu rasanya...sbb saya pun seringkali juga terjumpa dgn golongan yang macam ni di sini (kelantan). Cuma sedikitlah yang berperangai macam ni.....
ReplyDeleteZefa..memang ada yang tak prihatin waktu jumaat..anak acik yang sorang tu..bila keje petang pi solat dulu ..masuk lambat sikit..dua kali buat..kena marah..sian dia..
ReplyDeletepenah tengok gamba berbaju melayu,bersongkok kat kedai ekor huhu
ReplyDeletememang selalu nmpak yg berbaju melayu dan bersongkok lepak kat pusat beli belah waktu solat Jumaat...entahlah....
ReplyDeletepakai sbb diarahkan barangkali utk pakai. smpt tgk cara mentri syria kot kalau tak silap saya solat. Ya Allah... sedih sgt. layan kat youtube. yg mentri2 tu dah tua tp x tau solat. macam mana tu?
ReplyDeleteagaknya mereka hilang ingatan seketika bila tiba hari jumaat wpun dah siap pakai baju melayu n bersongkok...
ReplyDeleteadoii malunya....diorg x malu ke??
ReplyDeleteT_T
ReplyDeleteemm baik pakai jeans jer kan kak?hehe..
ReplyDeleteSedihkan... dulu masa di sekolah Nida pun ramai pelajar yang sorok sebab taknak pi sembahyang jumaat...
ReplyDeleteMOga ahli keluarga kita tak termasuk dlm golongan tersebut..
ReplyDeleteHarap mereka cepat sedar sebelum terlambat..