Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang
Mempersembahkan, kuih feveret ibu Yusuf dan Maryam..
Kuih ketayap atau kuih gulung..
Walaupun ianya tersenarai dalam kuih kegemaran ibu, tapi hakikatnya tak pernah buat pun.. haha.. Beli je senang, 3 seringgit..
Hinggalah ibu terjeles dengan air tangan seorang sahabat maya yang nuuuunnn tinggal di Finland. Entry dia yang INI betul-betul buat ibu Yusuf tercabarrrrr.
Kah kah kah.. bunyi macam pendengki je kan? Tapi tak apa, ni dengki yang positif. Jeles punya pasal, maka terhasillah Kuih Ketayap hasil tangan sendiri..
Zoom sikit..
Sila abaikan gulungan yang tak kemas iteww.. Almaklum, tangan keras. 1st time pula tu.. (haha.. alasan..)
Apapun, terima kasih buat Lady Lavender yang memberi inspirasi.. Hingga ibu Yusuf gigih buat sendiri kuih kegemarannya..
Ibu kongsikan pula resepinya di sini, mengikut versi ibu..
RESEPI KUIH KETAYAP/ KUIH GULUNG
Bahan-bahannya:
Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 1/2 cup susu cair atau santan (Ibu guna susu cair..)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau (ibu guna pandan emelco..)
2 sudu makan mentega dicairkan (ibu tak cairkan, cuma potong kecil-kecil..)
2 helai daun pandan (ibu tak guna sebab pandan emelco dah wangi..)
sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti:
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah
sedikit air
sehelai daun pandan (ibu tak guna..)
1 sudu makan tepung pulut/tepung jagung (ibu guna tepung pulut..)
Cara-caranya:
inti: Masukkan semua bahan ke dalam kuali (kecuali tepung jagung/pulut). Masak hingga pekat dan masukkan tepung jagung/pulut. Kacau sebati.
Dadar:
- satukan semua bahan A dan kisar dgn blender sehingga halus dan tak berketul. Tapis. (ibu tak tapis pun..)
- panaskan kuali dan lengserkan dgn sedikit minyak. Masukkan 1/2 senduk adunan dan layangkan kuali agar berbentuk bulat. Masak 2-3 minit (tidak terlalu lama).
- setelah masak terus masukkan inti dan gulung.
- Cara gulung : lipat sedikit kedua-dua belah tepi dan gulung melintang.
Nota ibu:
* Huhu.. binisbah kali pertama, rasa leceh la pulak. berpeluh-peluh nak siap..
* Adunan tersebut menghasilkan lebih kurang 10 biji kuih ketayap.. Cuma intinya berlebih sikit.. Kalau buat nipis dapat lagi banyak rasanya..
* Rasanya? Walla.. sangat sedap. lain sikit dari yang beli.. Mungkin faktor susu cair dan mentega. Ibu tak rasa orang yang berniaga letak benda-bendatu. Kalau letak pun mesti sikit je.. Maaf andai andaian ibu salah..
* Banyak step yang ibu skip sebab tak rajin.. huhu.. Yang penting jadi, sedap dan boleh ngappp!!
Ps: Apa kuih kegemaran sahabat-sahabat? Pandai buat sendiri tak? Hehe..
Nak menang Top Up dan hadiah menarik? Klik SINI..
weee...dah keluar dah kuih ketayap zefa. Terima kasih kerana 'terinspirasi' dgn kuih ketayap saya (eheh..ada kena mengena ke??)
ReplyDeleteTapi memang sedapkan! Memang sah tak sama dgn kat kedai :-))
Zefa...sbenarnya entry aritu terpublish tanpa tak sengaja. Tinggalkan laptop lepas tu digodek Wafiq. sah dia yg tekan button 'publish'. Bila malam ingat nak sambung entry yg tak abis taip, tgk2 dah ada 3 kwn yg tinggalkan komen hiihi..
ReplyDeleteLL: patutlah masa tgk mula2 tu ada ayat tak habis. Part masukkan tpg pulut rasanya.. hehe.. apa pun terima kasih.. :D
ReplyDeleteRajinnya Zefa.. dalam sibuk2 masih sempat buat kuih lagi. Bukan je nampak sedap, cantik pulak tu.. Sedondon dengan teko, cawan & piring.
ReplyDeleteAkak suka kuih cek mek molek.. pernah buat tapi tak selalu.
Kak Salmi: Haah lah, sedondon pula. Hehe.. Teko dan cawan sea shell hijau tu antara koleksi PML NOS yg saya ada.. kalau beli yg 2nd hand sy pilih2 juga nak guna.. sebahagian buat display je..
ReplyDeletekuih feveret akak jugak....mintak pos ke sini sikit..lapar la......
ReplyDeletesedap2.....tak pernah buat lagi hehe. semua kuih saya makan :)
ReplyDeleteKuih ni saya panggil "lempeng gulung".. :)
ReplyDeleteZefa... sedapnya... Rajinnya buat kuih.. sesuai pula dengan warna pinggan tu... hijau serba serbi.:)
ReplyDeleterajinnya..ok la pandai jgk buat..dr ana x reti buat neh hehehe...
ReplyDeletesedap kan kuih ni..mekan jek reti kan ana ni hehehe..x pe kita pun nak try gak bebila buat sdiri..hehehe...
izan pun suka ketayap... tapi kalau nak makan beli je. padahal boleh je buat sendiri kan...
ReplyDeleteizan pun kalau nmpk apa2 kuih, semua boleh makan tanpa kompromi....
sy paling suka popia.wp senang buat tp tak pernah buat sendiri.tp mmg pantang jumpa,mesti beli..
ReplyDeletebtw kuih ketayap ni kuih peberet aiman tau.aiman panggil kuih tok tam.hehe..
sebabnya kuih ni dulu masa aiman kecik2, selalu balik a.setar makan kt kedai wan (abah aka bapak mertua) dia. org yg buat kuih ni dok depan rumah abah.tu yg jadi kuih tok tam.
smp skang still panggil kuih tok tam.hehe..
anak2 kakyong kurang gemor dgn kuih manis2.. tu yg jarang buat..
ReplyDeletekuih yang paling di sukai dari kecil hingga ke tua...
ReplyDeletebiasa jugak buat. sebab saya suka kelapanya tu. kadang2 mkn mcm tu je. anak2 mkn skt je. kuih plg sy suka? byk jgk... cek mek molek dgn kuih lopes antaranya.
ReplyDeleteYg disukai sekali adalah intinya..hehhe
ReplyDeleteFeveret org umah gak..