Follower

Thursday, January 26, 2012

SHAH ALAM TAK JUAL SAYUR?


Catatan jemari seorang ibu yang berkerja..

Tajuk dan kisahni ada kaitan dengan entry Tam Yam Putih malam tadi. Sudah jadi kebiasaan kami, semua keperluan rumah, tak kiralah bahan basah atau kering, ayah Yusuf yang akan beli. Tugas ibu cuma menambah sekiranya terfikir nak masak apa-apa, tapi bahan tu tak ada di rumah.

Adalah menjadi satu kemalasan untuk ibu singgah di mana-mana kedai untuk membeli barang. Dan tidaklah menjadi kerajinan nak masak baru nak petik daun itu ini atau cabut apa-apa pokok. Biasanya ibu sampai rumah terus tutup pagar dan masuk rumah.

Jadi, selalunya ibu beli barang di kedai runcit bawah pejabat ibu je.. Balik rumah terus boleh bersilat di dapur. Mungkin ada yang nak bertanya, kenapa tak suruh en ayah je beli. Hmmm.. tak apalah, en ayah dah beli segala keperluan. Setakat 3-4 hengget tu, ibu beli sendiri ajelah..


 Hasil shoopingan ibu semalam..

Daun limau purut dan lengkuas tu ada je kat rumah, cuma tak rajin nak ambik. Serai pula baru je kiok.. Huhu.. Beli jelah, senang cerita..

Err.. apa sebenarnya motif ibu buat cerita ni? Ha ha ha.. 

Sebenarnya entry ni menjawab soalan berunsur sindiran pemandu di pejabat ibu; "Shah Alam tak jual sayur ke puan?"..

Sabar aje lah..


14 comments:

  1. pemandu tu baca blog ni tak?

    Kita mmg selesa membeli di tempat yang senang dan mudah kita dapat kan. Dah kalau kita kerja situ, situlah lgi senang nak beli, dah sampai rumah penat nak menyinggah kedai beli brg lagi mmg leceh juga kan

    ReplyDelete
  2. best der orang nak beli barang,.. kalau akakni ha bersilat dari beli barang dan masak juga dan kemaskan juga....
    shah alam rasanya harga barang dia mahal sikit kot...

    ReplyDelete
  3. Jual tu memang jual tapi nak berhentikan kereta itu yg malas kan hihi... cepat sampai rumah cepat setel...

    ReplyDelete
  4. belakang opis cheqna boleh dikatakan hari2 ada pasar pagi..pasar minggu..senang nak membeli =)
    salam singgah

    ReplyDelete
  5. kalau saya pun kak, ada kedai dekat ngan tpt kerja, mana boleh beli, beli jer, senang citer, betul kata akak, masuk rumah terus buat kerja kita..

    ReplyDelete
  6. hahahaha... lain kali jwp jer.. shah alam psr jual sayur besar sgt x larat nak jln..

    ReplyDelete
  7. samalah..walaupun ada kat tepi rumah..gatal tangan juga nak beli...hehehe

    ReplyDelete
  8. sengal jer pemandu tu..

    eh, suka ati lah kan nak beli kat mana pun.. yg penting, mudah & seklai arung jer, jimat masa , x yah nak singgah merata2, dgn nak parking etc etc...

    ReplyDelete
  9. Zefa jawab apa?..hehe

    Tengok gambar serai tu geram jer.. sini semuanya frozen.. rasa pun tak berapa nak rasa..

    ReplyDelete
  10. cakap je tak jual. habis cerita. ngeee...

    ReplyDelete
  11. lady baru je nak tanye.. yg warna merah tu ape.. rupenye lengkuas.. lengkuas yg sellau lady nmpk x warne merah.. mungkin dh lama dipetik kot.. warna pun seolah2 kehitaman.. kelabu2 gitu..

    ReplyDelete
  12. dulu waktu dijohor semua brg leprluan en suami beli.skang dah dekat dengan kedai n pasaraya..sy pergi beli sendiri je semua...

    sy macam akk gak,balik rumah malas dah nak keluar..beli barang masa dlm perjalanan balik keja.pasaraya dekat dengan opis..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...