Follower

Tuesday, January 3, 2012

KUIH BOM PISANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ketiga di tahun baru.. Harini ibu cuti, cuti jimat duit namanya. Hahaha.. Sebab harini dua-dua anakanda belum mula sekolah. Kalau ibu kerja kenalah hantar ke Taska. Hantar Taska maka kenalah bayar extra sebab anak-anak ibu status transit sahaja. 1 jam = RM4.00 x 2 orang x berjam-jam dah berapa? Makanya, baiklah ibu cuti.. Lagipun ibu ada 3 hari cuti ganti 2011 yang perlu dihabiskan.

Bila cuti, adalah yang dapat digodek didapur. Kebetulan ada pisang, maka terhasillah..


 Kuih Bom Pisang..

Kuih Bom Pisang ni ada juga yang panggil cekodok. Sebab bahannya sama sahaja cuma lebihkan tepung dan tambahkan soda bikarbonat. Ibu pernah terjumpa resepi Kuih Bom Pisang yang susah sikit.. ada letak telur, santan, soda bikarbonat dan kena tunggu 2 jam sebelum goreng. Hmmm.. ibu suka cara yang senang. KIV dulu resepi yang susah-susah, nanti bila rajin baru buat. (Entah bilala nak datang rajin ibu Yusuf ni.)

Ibu kongsikan di sini resepi Kuih Bom Pisang versi senang.. :D

RESEPI KUIH BOM PISANG

Bahan-bahannya:

1 cawan pisang ranum lecek
3 sudu makan gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bicarbonat
2 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Lecek pisang bersama gula

2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan garam (sangat digalakkan ayak dahulu untuk elakkan pahit soda). Masukkan sedikit demi sedikit dan gaulkan bersama pisang lenyek.

3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana. Sedia dihidangkan..

Nota ibu:

Senang cerita macam buat cekodok juga. Cuma yang ini dia akan kembang bila digoreng dan isinya yang gebu..


Lupa pula nak ambil gambar isinya. Maaflah, kualiti gambar kurang memuaskan.. :-(



17 comments:

  1. Anak-anak akak suka ni Zefa terutama kalau makan panas-panas.. Sekejap je dah licin pinggan

    ReplyDelete
  2. aduhaii kak zefa...tengah suke sgt makan jemput pisang nih..sampai suami pun merasa sebiji je..lebihnye si isteri yang makan dengan bertenage sekali hahah!

    ReplyDelete
  3. gambar tak cantik tak apa,jajni sedap..kannnn...

    ReplyDelete
  4. cantiknya kuih bom zefa tu cz bulat2..kalau akak buat entah apa je bentuknya...he.he.he...

    ReplyDelete
  5. Sedap nye. gambar macam tuh pun boleh buat kan nabila terliur ni ...

    ReplyDelete
  6. baru semalam beli cekodok pisang kecik2 n cumil je..rm1 12 biji..makan dgn lahap sekali..hehehe sedapp..boleh try resepi ni kak zefa.. =)

    ReplyDelete
  7. kalau letak soda bikarbonat saya tak mkn. usually kalau my sis yg goreng, dia akan bahagi dua adunan.

    ReplyDelete
  8. wow sy sgt fail klu buat cekodok letak soda bikarbonat.kak zefa punya nmpk cantik.

    masa sekolah rendah dulu,ini kuih peberet sy sbb beso gedabak n sedap..dulu tak tahu rupnya boh serbuk penaik dia jadi besar,sy anggap org kantin tu baik hati jual kuih besar2,kihkih..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kalau dapat minum petang dengan cekodok ni bersama air kopi :)

    ReplyDelete
  10. Macam mana nak jadikan dia besar, gunakan senduk ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu guna tangan je.. Jemputkan macam biasa, bila masuk kuali dia membesar sendiri :D

      Delete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...