Follower

Friday, January 13, 2012

CUAI DAN AKIBAT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Mari baca luahan hati ibu Yusuf... Ha ha ha, luahan la sangat ye? Semalam (Khamis) merupakan hari yang sangat-sangat penat dengan tugasan pejabat. Balik rumah dah lewat, tapi dapur tetap kena terjah. Dah tung tang tung tang bagai, selesai je ajar anak-anak mengaji ibu dah tak larat sangat. Terus baring dan konon nak zzzzzzzzz. Tapi dek kerana penatnya badan, mata pun tak nak lelap.

Jam 10.30 malam telefon ibu berbunyi-bunyi tak henti-henti. Mula-mula rasa malas nak angkat, tapi Maryam dah hantar masuk bilik. Tengok nombor dari 'Rakan Strategik' yang bertugas 24 jam tu.. adussss!! Mesti ada sesuatu yang tak kena. Ibu angkat, bercakap bla bla bla bla.. Ibu rasa nak terduduk.. (tapi masatu dah duduk sebenarnya.. ) Call sana, call sini.. alhamdulillah ada yang nak tolong selesaikan. Sudahnya terus tak ada hati nak berbaring-baring apatah lagi nak tidur. Serabut.. Aduh, duh, duh!!

Maka meluah rasa dalam Jemari Asmara adalah satu terapi. Hu hu.. Tak perlulah ibu kongsikan apa masalah yang berlaku, ringkasnya ada satu tugasan yang ibu rasa dan cukup penelitian dan perhatian, tetapi ada juga yang terlepas pandang. 

Dalam kerjaya, tidak ada istilah terlepas pandang sebenarnya. Apa jua kesalahan yang dibuat adalah kerana KECUAIAN. Setiap kecuaian ada akibatnya, paling dasyat 'gantung baju' dan paling tidak, terima teguran dari Ketua Jabatan. Inilah nasib golongan pelaksana; 'saya yang menurut perintah'. Sendiri cuai, sendiri tanggung. Segala sumbangan yang kita pernah buat, hatta 'menggadai nyawa sendiri' pun tidak akan dapat membantu kita sekiranya kita disahkan melakukan KECUAIAN dalam melaksanakan tugas. Cuma bergantung pula samada KECUAIAN yang dilakukan itu besar atau kecil..

 Pengajarannya? Sama-samalah kita fikirkan. (Banyak dalam kepalani pengajarannya, cuma malas nak fikir dan transfer dalam bentuk ayat) Hu hu..

Pengajaran buat diri sendiri, ibu perlu lebih teliti dengan tugasan. Jangan terlalu serah tugasan kepada pembantu, walaupun hakikatnya ibu tak mampu nak buat semua tugasan sendiri tanpa mereka.. Dan ingat, kesilapan yang dibuat oleh orang bawah, tetap pegawai yang kena menjawabnya. Hmmmm.. Nasiblah, siapa suruh sain 'menyenget' je.. Kih kih..

Sekian luahan ibu Yusuf dan Maryam.. :-(


8 comments:

  1. Semua manusia biasa..cuma perlu lebih berhati-hati lain kali.. Sebagai pengajaran, ketua kena semak setiap hasil kerja anak buah. Bukan bermakna ketua kena buat sendiri.. Itulah hakikat dan realitinya . Smile ok :)

    ReplyDelete
  2. Kerja yang memerlukan banyak kesabaran....

    ReplyDelete
  3. kesimpulannya, setiap tugasan perlu di buat berhati-hati supaya kecuaian dapat di elakkan kan. Kalau ternyata kita cuai, menyesal di kemudian hari pun tidak berguna, kerana akibat di sebalik kecuaian itu pasti besar juga.

    Contoh cuai tutup api dapur sampai mengakibatkan kebakaran,....menakutkan, moga kita semua akan lebih berhati2 di masa akan datang, dalam apa jua yang kita lakukan kan zefa...

    ada pengajaran di sebalik coretan zefa ni...:)

    ReplyDelete
  4. mmg x dinafikan dalam kerja mmg ada silap orang lain yg tpaksa kita tanggung. huhu

    ReplyDelete
  5. Jadikanlah pengajaran... kadang-kadang kita tidak dapat lari dari kesilapan... pesanan ini untuk Nida juga.


    p/s: pengalaman Nida semasa jadi SU SPM dulu, buat sijil untuk calon-calon SPM sekolah Nida yang seramai hampir 400 orang lebih, semalaman tak tidur untuk siapkan dan rasa semuanya dah perfect... entah bagaimana setelah siap diedarkan dan dengan senang hati Nida pun pulang ke kampung, tiba-tiba pengetua telefon bagitahu sijil tersebut semua ada perkataan salah taip... sepatutnya "weak" tapi nida tertaip "week".. ya Allah lemah lutut rasa masa tu.... dah ah berada di kampung yang beratus batu jauhnya...

    ReplyDelete
  6. SAYA YANG MENURUT PERINTAH....itulah yg kita kena tanggung w.pn trkdg rasa tak trdaya....moga segala prmasalahan cpt selesai....

    ReplyDelete
  7. bisalahtu kak, dalam bekerja mesti ada salah silapnya.ini yg membuatkan kita lebih berhati2 dan amik pengajaran dr apa yg berlaku..satu kesalahan je..klu kita dah pernah laluinya..insyaallah smp mati kita ingat..bawak bersabar..:)

    ReplyDelete
  8. hikmahnya supaya kita lebih berhati2.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...