Bismillahirrahmanirrahim..
Macam rajin masak je kan ibu Yusuf tu.. asyik tayang makanan je. Hik hik hik.. Kebetulan je tu, hakikatnya tak rajin mana pun.
Tapi ibu kagum dengan blogger masak-masak. Hampir setiap hari ada je menu yang di kongsikan. Yang dikongsikan tu pula bukan menu biasa-biasa, tapi yang best-best pula tu. Memang sah lah mereka tu sangat rajin. Setakat pengat pisang tu, apa lah sangat kan?
Walaupun sekadar pengat pisang, tak kira.. nak juga kongsi resepinya di sini. Ini cara ibu Yusuf, cara orang lain mungkin sama, mungkin berbeza.. :D
RESEPI PENGAT PISANG BERSAGU
Bahan-bahannya: (hidangan 3-4 orang)
5 biji pisang (ibu guna pisang abu)
2 1/2 cawan air
3 helai daun pandan (disimpul)
3/4 cawan santan pekat (ibu guna santan kotak aje..)
1 sudu makan gula melaka
5 sudu makan gula pasir
2 sudu makan sagu
1 cawan air
Cara-caranya:
1. Basuh sagu dan toskan. Masukkan kedalam periuk bersama secawan air dan masak hingga kembang. Tapis dan ambil sagunya sahaja..
2. Masukkan pisang, santan pekat, air, daun pandan dan sagu kedalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Masukkan gula, kacau dan matikan api. Sedia dihidangkan.. :D
Nota ibu:
* Gula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing
* Sukatan santan dan air di atas menghasilkan kuah yang agak pekat. Boleh tambah air atau kurangkan santan mengikut citarasa masing-masing.
* Ibu masak dulu sagu dan buang airnya supaya kuah pengat tidak terlalu pekat dek sagu..
Ps: Suka tak pengat pisang? Pengat ni salah satu feberet ibu Yusuf, lagi-lagi pengat pisang nangka. Masam-masam manis gitew.. Mmmm, terbayang-bayang kesedapannya..
Versi dalam periuk.. bukti ibu masak sendiri tau..
izan pun suka pengat pisang bersagu camni tau ibu yusuf.
ReplyDeletealahaiii... dah teringin plak nak buat ni... tapi kenalah cari pisang dulu...
Haah.. teringin pulak. Akak pun suka pisang nangka. tapi hari dah nak malam, pisang pulak takde. Esok2 je lah. Jangan malam ni mengigau masak pengat pisang dah le..
ReplyDeletesedapnya ibu yusof...dah lama tak makan pengat...
ReplyDeleteada lagi?
ReplyDeleteakak suka ni..
ReplyDeletewaahh..ni peberet en.suami ni..saya pon suka je tgk blog2 masakan, tak dpt makan, dpt tengok jadi la..hahah..nak membuat, kena tunggu mood R datang..kiki..
ReplyDeletenak mitak tlun klik like kat http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150485833724677&set=a.10150463338364677.370360.232667634676&type=3&theater
thanks..
nana kurang pengat pisang,kalau bubur jagung laju je..hehe
ReplyDeleteperghhhhh...sedapnyaa..
ReplyDeletetetiba teringat nak balik
kampung..
dah lama takmasak pengat/serawa pisang.. owh, tak pernah buat yg step 1 tu... tp boleh try la kot2 tak nak pekat sgt kuahnya kan.. ;)
ReplyDeletetgh lapo ni zefa..beluym sarap w.pn dh jejak pkul 12 tgh..masih kt sk cz ada kelas tmbahan......trgugat iman tgk pengat yg sedap tu....
ReplyDeleteTeringinnya nak makan.. memang antara makanan kesukaan Nida ni.. tapi apakan daya di sini yang ada hanya pisang makan yang tak boleh dimasak begini.. kalau masak cara begini alamatnya hancur ler jawabnya:(
ReplyDeletep/s: teringin ler pulak :)
wah sy pun suka pengat pisang nie... lebih suka kalu kurang manis..
ReplyDelete