Lagi Entry tentang Air Tangan Ibu Yusuf dan Maryam..
Gulai ikan tenggiri..
Rezeki kami tengahari tadi.. Asyik layan selera anak-anak je kan, harini layan selera ibu pula. Ibu tak lah suka sangat gulai-gulai ni, tapi harini teringin pula. Teringin bukan apa, semalam beli susu cair, dekat tinnya tu ada resepi Ikan Tongkol Masak Lemak.
Resepi dia biasa je, cuma tukar santan kepada susu. Memandangkan di peti ada ikan tenggiri, maka masaklah ikan tenggiri. Resepi asal letak serbuk kari ikan, ibu guna rempah gulai Terengganu. Maka jadilah Gulai Ikan Tenggiri..
Ibu kongsikan di sini resepinya. Ibu salin dari tin susu tu.. tapi dah mengikut versi ibu lah ye..
RESEPI GULAI IKAN TONGKOL/ TENGGIRI
Bahan-bahannya:
6 Tangkai cili kering besar (ibu guna 1 sudu makan cili giling)
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah (ibu guna 2 biji bawang merah besar)
2 cm lengkuas
1 camca besar serbuk kari ikan (ibu guna rempah gulai Terengganu)
3 camca besar minyak masak
250 ml air (ibu agak-agak je, tak sukat pun..)
400 gm ikan tongkol (ibu guna seekor ikan tenggiri)
2 keping asan keping
150 ml susu isian sejat
1camca teh gula
1 camca teh garam
2 tangkai cili merah dipotong memanjang (ibu tak letak)
6 tangkai cili padi jangan dipotong
Cara-caranya:
1. Kisar bawang, lengkuas dan cili hingga lumat. Gaulkan bersama serbuk kari/ rempah gulai.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.. Masukkan gula dan kacau hingga pecah minyak..
3. Masukkan air dan didihkan. Masukkan ikan, asam keping dan garam hingga menggelegak dan ikan masak..
4. Masukkan susu dan renihkan seketika.. Sedia dihidang
Nota ibu:
* Ibu hanya guna sesudu cili giling supaya tak pedas, anak-anak tak makan pedas. Cuma, gulai menjadi pucat dan nampak kurang menarik. Alhamdulillah, walaupun nampak pucat rasanya sedap..
* Beza ke rasa bila letak susu berbanding santan? Hmmm.. lebih kurang je.. Yang penting, memang sedap!!
* Dari segi khasiat, susu ni lebih baik dari santan. Dekat tin tertulis tanpa kolesterol dan tinggi vitamin.. hehe.. yang ni harap-harap buka untuk tarikan semata-mata..
Ps: Masak apa kamu semua harini? Ke outing jalan-jalan cari makan?
Nak menang Top Up dan hadiah menarik? Klik SINI..
wah...mesti cuba ni. Kebetulan kat rumah ada ikan tongkol, tokmi auni bagi yeyeye
ReplyDeletesedapnya gulai ikan tenggiri..kadang senang kan guna susu cair ni..takpayah susah2 nk perah santan,,dahlah santan mahal skrg ni
ReplyDeleteGambar dalam buku resipi dengan masakan Zefa samalah.. mesti sedap..:)
ReplyDeletedah lama tak makan ikan tenggiri..ikon tongkol adalah :-)
ReplyDeleteakak tak pernah guna susu cair...lepas ni nak cuba jugaklah...
ReplyDeletesalam ziarah..wah-wah macam best jer kari ikan tenggiri tu mesti sampai menkilat jari.
ReplyDeletesedapnya...hari ni hubby request nak mihun goreng je, tapi saya buat ngan telur bungkus sekali..mlm dah tak tau nak makan apa ni..
ReplyDeleteBoleh cuba ni.. Kebetulan belum pernah masak gulai guna susu cair..
ReplyDeletewah, mlm ni singgah rumah zefa penuh dgn makanan..sedap pulak tu...lapar la......
ReplyDeletedah lama tak makan gulai ikan cam ni kak zefa... terliurlah plak... *hehe...asyiklah terliur je kejenya...
ReplyDeleteMIL sy mmg suka masakguna susu cair sbb menjaga kesihatan.hehe..
ReplyDeletesy pun jarang masak gulai.klu teragak macam kak efa ni baru buat..
Resepi ni baik utk kesihatan..hehehe
ReplyDelete