Follower

Thursday, January 5, 2012

Hari Pertama Maryam di Tadika Al Hidayah


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dapat juga ibu duduk dengan tenang untuk menghasilkan entry rakaman momen-momen indah bersama anakanda Maryam Nabihah harini. Sebelum itu, ucapan terima kasih buat teman-teman ibu yang melontarkan kata-kata pujian buat anakanda solehah ibu nan seorang itu di entry terdahulu. Doakan wahai teman-teman, semoga sikap dan akhlaknya secantik orangnya (tak salahkan puji kecantikan anak sendiri?) Mohonkan doakan juga agar ada kelembutan dalam dirinya, selembut wajahnya. Kerana sesungguhnya anakanda solehah ibu nan seorang ini agak 'panas' dan 'kasar' orangnya. Mudah-mudahhan sikap itu akan pergi dari dirinya. Amin.


Harini Maryam Nabihah melalui hari pertama di tadika baru dengan penuh semangat. Bangun awal pagi, mandi dan bersiap lebih awal dari abangnya. Dia sangat-sangat teruja hingga tak putus-putus bertanya, bila nak pergi sekolah? Sedangkan jam baru jam 7.00 pagi, masuk kelas jam 8.20 pagi. Semangat betul anakanda solehah ibu.


Sempat bergaya depan rumah sebelum ke sekolah..


Pergi sekolah jalan kaki je, almaklum sekolah depan rumah. Tu dia, laju je jalan tinggal ibu di belakang..


Dah masuk kelas baru salam ayah.. Kalini dia cool sangat, tak ada lagi drama air mata macam tahun lepas. Hihi..


Kelas bermula agak lewat.. Jam 8.40 pagi cikgu masih tak masuk lagi sebab masih ada urusan di pejabat. Anakanda solehah dah mula panas dan berpeluh.. Mula tergaru-garu.. Tahunni adik kena belajar panas sikit ya, tak ada lagi kelas berpenghawa dingin macam kat GA tau..


Kejap-kejap minum, kejap-kejap minum.. Risau je ibu karang belum-belum dah nak ke toilet. Tadika kat sini adik kena berdikari ke toilet sendiri. Dah tak ada bibik nak bawa adik ke toilet macam kat GA..


Dah boring duduk, berdiri pulak. Semua piccas yang ibu snap sebelum cikgu masuk kelas..


Sebahagian ibubapa yang menunggu anak-anak di luar kelas. Ada juga anak-anak yang tak mahu masuk kelas..


Sebahagian ibubapa yang mengintai anak-anak masing-masing. Ibu ada juga intai sikit-sikit.. Hi hi..

Secara keseluruhannya, ibu sangat berpuas hati dengan Maryam harini. Sangat baik, sangat cool, dan nampak sangat bersemangat. Cuma suasana di sekolah nampak agak kelam kabut. Dengan ada yang menangis, dengan ada mak ayah duduk sekali dalam kelas.. Macam-macam ragamlah. Kalau ibu jadi cikgu pun, tak tau nak buat apa agaknya dengan situasi macamtu. Nak berkomunikasi dengan anak-anak pun susah, mak ayah semua duk menebeng depan pintu. Huhu..

Okeylah, namapun hari pertama kan? Besok-besok okeylah tu. Yang penting, anak ibu okey-okey aje.. :D

Ps: Cuba bandingkan tulisan dan entry ni dengan tulisan di entry terdahulu. Mana yang lebih okey sebenarnya. Boleh bagi pandangan? Terima kasih.


12 comments:

  1. Alhamdulillah syukurlah kalau maryam mcm tu..semoga sikap cool maryam brpanjangan....gud girl.....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillh..maryam mmg cool dan sgt bersemangat,entry kali ni sgt baik sbb maryam dah tak nangis.hehe..

    comel maryam bertudung.:)

    ReplyDelete
  3. seronoknya kakak maryam dah sekolah :)

    ReplyDelete
  4. senang la sekolah depan rumah je :)

    2-2 tulisan ok kak tapi better ni lagi kot. kalau ada perkataan yang akak nak highlight je baru guna bold

    ReplyDelete
  5. good girl lah maryam ni..comel pulak tu..

    ReplyDelete
  6. Comelnya maryam, belajar rajin-rajin yea..Saya suka dua-dua tulisan, takde masalah..bezanya bold dan tak bold je eh?

    ReplyDelete
  7. besar juga tadikanya ya..

    saya suka tulisan di entri ini.

    Zefa tukar font tulisan setiap kali buat entri ke? Saya selaraskan aje, mmg sama untuk semua, kalau nak tukar2 pun tukar pada design template, so automatik semua entri bertukar font tulisan..:)

    ReplyDelete
  8. comeinya anak ibu tu... senang sekolah depan umah je.. umah akak pulak depan sekolah agama rakyat... tp xde ank kecil dah..

    ReplyDelete
  9. senangkan kalau skolah depan umah...comelnya maryam ngn unform skolah....semoga terus bersemngat hngga akhir tahun...

    ReplyDelete
  10. ala..comelnya dia...pakau tudung pergi sekolah..

    ReplyDelete
  11. Bajunya sama macam baju anak sulung Nida ke tadika dulu..hehe

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah kalau dia okay2 je. bersemangat betul maryam.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...