Catatan Jalan-Jalan Cari Makan
Mood Raya Cina sedang menyelubungi Malaysia.. Ha ha ha, sesuaike ayat menyelubungi tu? Abaikan.. Pejabat ibu hari-hari harum dengan wangian berbau limau. Original, sebab memang limau betul. Hari-hari ada orang bagi limau..
Semalam kan Jumaat, masa rehat panjang. Semua wanita-waniti berpakat nak keluar makan-makan. Orang perempuan di pejabat ibu 6 orang je pun, termasuk bos.. Jejaka hampir 30 orang. Kamini golongan minoriti lah kiranya..
Ambik mood Raya Cina, semua nak makan chinese food. Ibu ikut je.. Kawan ibu bawa kami ke sini..
v
v
v
Restoran Haji Sharin Low; (Restoran Cina Muslim)
Kalau mengikut yang tertera tu, restoran ni ada 3 cawangan. Bukit Antarabangsa, Sri Gombak dan Klang. Kami pergi di cawangan Klang yang terletak di Harbour Place.
Orang-orang dari kawasan Klang atau Shah alam bolehlah ke sini. Senang je lokasinya, dari Klang ikut jalan ke Pelabuhan Klang. Harbour Place di sebelah kiri. Alaaa.. Yang ada panggung wayang tu. Tapi kalau dari arah Klang, sila turun siap-siap di Lebuh Turi, jangan naik flyover tu tau.. Err, beria promot dan tunjuk tempat ni, sedapke masakannya?
Mmmm.. sedap ke ha?
Mee Sup, bos ibu punya..
Bos, bos juga. Bab makan kongsi ek.. He he.. Ada la ibu rasa barang 3-4 sudu. Sedapppppp...
Hot Plate. Kawan ibu punya..
Yang empunya order kata sedap, menepati citarasa dia. Tapi ibu rasa macam masin dan terserlah rasa kicap pekatnya. Haaa.. Ini yang dikatakan citarasa setiap orang berbeza-beza.
Kih kih, semua orang punya ibu rasa. Kalau tak mana nak tahu sedap ke tak kan? Dan kalau tak rasa macam mana nak cerita kan blog kan? Tapi tak apa, semua kawan-kawan ibu bab makan memang sporting..
Nasi Itik BBQ. Tuan blog punya.. RM7.50
Bagi ibu, alang-alang ke Chinese Food Restaurant, baiklah order yang betul-betul kecinaan. Setakat mee sup dan hot plate tu mana-mana ada. Ha ha.. Marah kawan-kawan ibu karang kalau baca ni..
Cuma kalau dah Melayu tu Melayu juga.. (eh.. jawalah!!), maka itik bukan sesuatu yang begitu menyelerakan. Tapi bolehlah, sebab ibu Yusuf ni jenis yang boleh mencuba semua, dengan syarat halal.
Longan seacoconut. Pun ibu Yusuf punya.. RM4.50.. Menyegarkan!!
Tak ada dalam gambar, ketiaw goreng dan asparagus goreng. Ketiaw tu ibu rasa biasa-biasa je, asparagus tu sedap sebab dia asparagus.. Hehe.. sayur mahal tu. Tapi masakannya biasa je.. Daging masak hitam kat atas sekali tu pun biasa-biasa aje..
Tapi, sila jangan berpegang dengan pendapat ibu. Citarasa masing-masing kan, lagi satu mungkin sebab ibu bukan pencinta makanan cina.
Tapi kalau ada siapa-siapa yang teringin tu, marilah ke sini ye..
Ps: Suka tak makanan ala-ala kecinaan ni? Tapi Hj Sharin ni cina betul tau, maka bukan ala-ala ye.. hi hi..
kaklong pun pernah makan kat restorant cina muslim,tapi kat bangi...
ReplyDelete:)
http://zaimadyfamily.blogspot.com/2011/12/makanan-cina-muslim.html
belum pernah menbuna chinese foods...taoi longan seacoconut tu paling memikat selera (ehehe..walaupau kat sini sejuk beku tetap nampak sedap!)
ReplyDeleteBoleh la pergi...Cik rose duk Telok Panglima Garang...tak da la jauh sangat hihihi tapi kena carik dulu restorennya...
ReplyDeletesy minat masakan cina.lg2 hotplate n mee sup tu..tp nak pegi jauh sgt..mkn kt SP jer la..tak pun msk sendiri kt rumah..:)
ReplyDeleteacik paling suka longan dengan seacoconut tu..tapi serius acik tak pernah masuk restoren cina muslim ke..mamak ke..
ReplyDeletekalau fastfood acik masuk dan kalau makan mesti restoren melayu aje.
lagi2 pic makanan, terliur wehhh
ReplyDeletesuka jugak chinese food nie... kalu nak gi pun jauh bebenor ler hehe... nasi itik pun suka, cuma lama tak makan terasa kenyal2 sedap itik tu
ReplyDeleteDi tempat akak xde restoran cina muslim.. restoran mamak banyak la..
ReplyDeleteTapi, tengok gambar2 tu terliur la pulak terutama longan seacoconut.
perghhhhhhhhh..sedap2nya...
ReplyDeletedan2 terliur aihh hehehe...
Gambar last tu nampak sangat sedap...
ReplyDeleteNida ni suka juga makan masakan ala-ala Cina.. mungkin sebab atuk Nida Cina kot..:)