Isu SBPA lagi!!
KUANTAN 21 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perdana Menteri berkata, skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.
"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di sini, hari ini.
Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Najib berkata, kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan. SUMBER
Nota ibu:
Sekadar baca, tunggu dan lihat. Dah sain pun.. Cuma sangat berharap kajian semula itu menghasilkan keputusan yang memuaskan semua pihak..
Yup..betul tu..penat nak tunggu ni, tapi biarlah memuaskan hati semua pihak, kita pun dah sain..
ReplyDeleteBaguslah andai dapat dikaji sedalam-dalamnya agar semua dapat manfaat dan tidak hanya sesetengah pihak yang berpuas hati...
ReplyDeletekaji jangan tak kaji,kita setia menunggu asal puaskan hati semua pihak..:)
ReplyDeleteMenanti dengan sabar. Harap2 lepas ni semua berpuas hati (walaupun hakikatnya amat sukar memuaskan hati semua pihak)
ReplyDelete