Assalamualaikum wbt..
Ini adalah rakaman perjalanan kami Sabtu minggu lepas. Sabtu mingguni baru nak terhegeh-hegeh upload. Huhu.. Minggu lepas kakak ayah dan keluarganya dari Terengganu datang ke Shah Alam. Kakak ayah yang di Sentul pun datang juga.. Mereka sampai Jumaat malam sabtu.
Pagi Sabtu, kami tak kemana-mana, sesi berehat-rehat. Yusuf pun ada kelas Mental Arithmetic pagi tu. Selepas Zuhor kami ke Pusat Sains Negara. Ibu tak rakamkan di sini sebab lebih kurang sama je dengan catatan ibu di SINI.
Malamnya, kami ke ICT Shah Alam. Orang punyalah ramai.. sesak nafas dibuatnya. Kami datang sebab anak-anak nak merasa salji. Salji la sangat kan.. Tapi dah ini je yang ada, nak ke oversea tidaklah dalam kemampuan.. Maka layan ajelah..
Datang 10 orang.. hanya 6 orang je yang nak masuk. Ibu dan ayah wajiblah masuk sebab Yusuf dan Maryam nak ikut Abang Yo dan Kak Irah Masuk.. Harga tiket dengan mykad, RM25.00 dewasa dan RM20.00 kanak-kanak. Ada pakej keluarga 2 dewasa 2 kanak-kanak RM85.00 sahaja. Jimatlah RM5.00.. Habis RM100 lebih jugalah malam tu.. Tu baru masuk SnowWalk, belum mainan bagai lagi. Hmmm.. layan aje lah.. Yang bestnya, semuanya ditanggung oleh Cik Ngoh. Ayah tambah sikit-sikit je.. He he he..
Gambar pun tak banyak.. adala sekeping dua..
Gambar kami sekeluarga.. Gambar tak okey sebab kamera dah berwap-wap masani..
Ibu dan anak-anak..
Lagi ibu dan anak-anak..
Gaya apakah?
Abang Yo, Abang Yusuf dan Kakak Irah..
Gambar ulang tayang.. Maryam Nabihah.. :D
Cukuplah picas yang ada, ada lagi gambar sebenarnya. Tapi pagi tadi dah dapat sms dari Maxis. Sendiri mahu fahamlah ye.. Ibu kena berjimat cermat sampai 17hb..
Itu sahaja catatan perjalanan kami ke ICT Shah Alam. Jumpa lagi..
Ps: Kawan-kawan dah pernah pergi sini?
masa balik aritu beria nak pi ict..kiranya termasuk dlm list lah, tapi sampai ke sudah tak pi hehee...
ReplyDeletei city dah 2kali g,yg first tak kena bayar apa2 pun lagi...
ReplyDelete2nd g baru last week,kena bayar parking,tapi tak masuk snow walk ni lagi....baby pun tecik lagi,tunggu baby besar sikitla,time tu sara n ayah nyer nak masuk,tapi mami tak bagi masuk.....tak aci la mami tinggal sorang2 kt luar......hehehehe
belum sampai lgi...
ReplyDeletelum penah pg.. teringin gak nak pg lum sampai lagi
ReplyDeleteakak belum sampai lagi ke sana....teringin jugak nak pergi...
ReplyDeletesalam kenal..comeinya anak dara tu..seronok jalan satu keluarga
ReplyDeletetak pernah pegi lagi..:)
ReplyDeletetak try lagi..tapi mykids tak tahan sejuk lerrr..
ReplyDeleteblom penah pi lagi, anak2 pun dah lama ngajak
ReplyDeleteNida pula yang menggigil bila lihat gambar-gambar ni... mesti sejuk yang amat... terutama part hujung kaki dengan telinga....grrrrrr
ReplyDeleteSejukkkkkkkk!!!!!!!!
ReplyDeletekalau brjln mmg byk la kena labur duit..nak2 kalau akak sekeluarga ni zefa...xsah kalau xhabis fulus......
Cantik macam kat luar negara..Tingat masa lawatan form 6 dulu kat Taman Bukit Cerakah, SA
ReplyDeletebelum pernah pi lagi..
ReplyDelete