Follower

Sunday, March 18, 2012

WET WORLD SHAH ALAM 2012


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, ibu berjaya mengekalkan kesabaran yang tinggi mengkodek-kodek gambar-gambar ke Wet World baru-baru ni, Fuhh!! Tahniah buat diri sendiri. Ekekeke.. Harap maklum ye, lappy ibu agak keselowan semenjak duani.

Tu belum lagi cabaran nak menguploadnya. Sabar, sabar, sabar..


 Wet World Shah Alam terkini..

Ibu pun tak perasan sejak bila berwajah baru. Padahal selalu je lalu, nampak sangat tak prihatin kan. Kali terakhir masuk sini tahun 2010. Masa tu rupa depan dia macam INI.

Kami datang sini hari Khamis lepas. Ibu tak berapa sihat sebenarnya hari tu, tapi gagahkan juga sebab anak-anak beria-ia mengajak.


 Bayaran masuk..

Harga dah naik sekali ganda dari harga sebelumni. Ibu ada buat entry tentangnya di SINI.


3 beranak dah bersedia nak masuk..

Nasib baikla dapat masuk. Mana taknya, ibu tak bawa dompet pun, betul-betul bawak IC dengan duit RM50.00. Sebelum pergi, siap-siap pesan kat ayah tak payah bawak dompet juga. Haha.. Konfiden je bayaran masuk masih murah.

Sebenarnya dah pernah dengar bayaran masuk Wet World dah naik. Tapi tak sangka sekali ganda, tu yang bawa RM50 je. Sekali rupanya 4 orang RM72 daa... Alhamdulillah, ayah seluk poket jumpa la duit ngam-ngam. Fuhh lega. Kalau tak mengamuk la Cik Maryam kita..


Aksi 2 beradik sebelum masuk air..

Haha.. Aksi kena paksa dengan ibu sebenarnya. Yusuf tu bukan suka sangat ambik gambar. Lain dengan Maryam, siap dengan macam-macam gaya lagi. Tu pun ikut mood dia juga..


Sekali hujan daaa..

Memang bukan rezeki sepenuhnya lah.. Tak sampai sejam kami sampai, hujan turun separa lebat. Semua makhluk yang ada dalam air dihalau naik oleh petugas Wet World. Wuhuhu.. Maka ibu Yusuf pun menangis sehebat hujan yang turun (nangis dalam hati jer..) Bayar mahal-mahal, anak-anak main kejap je..

Apa nak buat, semuanya ketentuan Ilahi. Redha..


Pondok/ Gazebo @ Wet World

Nampak? Cantikkan gazebo dia. Boleh lepak-lepak, boleh landing-landing. Tapi bukan free ye kawan-kawan. Nak duduk RM50.00 yerrr..


 Shah Alam yang kehujanan..


Suka pic ni. Kenapa? Entah..

Banyak juga perubahan dari segi rupa paras. Tapi kemudahan dan tempat mainnya masih sama. Tandas pun terhad. Macam hari tu sebab semua dihalau naik, maka serentak semua orang nak guna tandas dan tempat tukar baju. Tempat tukar baju banyak juga, tapi sebab orang terlalu ramai maka kenalah juga menunggu.

Ramai juga yang tukar baju diluar je. Maksud ibu masih dalam kawasan tertutup dari pandangan umum, cuma bukan dalam bilik kecil la. Bukanlah kat tepi kolam tu.

Surau dia? Alahai comel lote, adalah 2 depa x 2 depa luasnya. 1 Petak untuk lelaki, 1 petak untuk perempuan. Ye lah, petak, bukan bilik. Pintu pun tadak..

Lagi satu ibu nak pesan, sebelum masuk makan dulu kenyang-kenyang. Makanan tak boleh bawa masuk kecuali menyeludup. Haha.. Ada faham?

Makanan kat dalam mahal. Pengusahanya pun ibu tak pasti Muslim ke tidak. Ibu tengok ramai yang belikan anak-anak mee segera je. Kami sah-sah tak ada beli apa-apa. RM dah habis cukup-cukup bayar masuk.. Huhu..

Apapun, okeylah anak-anak happy. Cuma nampaklah tak puas main, siap ajak pergi lagi.

InsyaAllah ada rezeki kita pergi lagi ye anak-anak. Kut-kut la ayah nak bawa kita ke Sunway Lagoon ke, Tambun ke, Gambang ke, Melaka ke.. Ehehehe..

Sejian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..



18 comments:

  1. amboi...dia dah pergi Wet World ye :) Kami tak pergi2 lagi hehe....abah auni kurang gemar kalau pergi tempat mandi-manda ni hihi. Tapi ummi teringin sangat nak ke sana........................

    ReplyDelete
  2. ala ruginya hujan kan, hehe. Nak duduk gazebo tu kena bayar RM50? biar betul?

    ReplyDelete
  3. aduyai..nk buat camne..
    skrg kalau nk brjln ke mkn ke mmg kalau xabis ratusan ringgit mmg xsah....serba serbi mahal..lagi la kalau anak ramai..mmg kering dibuatnya....

    ReplyDelete
  4. seronok anak2 dpt main air kan... tp sekejap aje kan xpa la lain kali leh g lg..

    ReplyDelete
  5. kakak gn abg syida dgn anak2 drg pn pegi wet world baru ni, klu xsilap kamis jgk rasanya..klu syida ada skali msti brtembung kot kt sana, hehe...

    ReplyDelete
  6. cantik! tak pernah sampai lagi. boleh la try bg proposal pada papa adam

    ReplyDelete
  7. akak pun dah lama tak ke sana...masa anak2 kecik dulu sllu main air kat situ...tapi masa tu bayaran masuk mmng murah...terkejut jugak tgk bayaran masuk skrang ni....

    ReplyDelete
  8. memang sedih kalau bayar mahal tapi masuk dan main kejap je. huhuhu...

    ReplyDelete
  9. syoknya jalan jalan mandi manda dengan keluarga..

    ReplyDelete
  10. Janji anak happy.. itu yg penting, betul tak Zefa?..

    Tapi agak mahal juga ye duit masuknya.

    ReplyDelete
  11. ada perubahan tu sbb harga mahal kot.nak tampung duit renovation tu.hehe..

    kt sp nie ada Carnival,dulu pernah pegi 3 4 kali juga tp skang dah dok sp tak teringin pun nak pegi lagi.haha..

    ReplyDelete
  12. nampak kat sana mcm best juga erkh..

    ReplyDelete
  13. Takpe berhabisan sikit Zefa, janji anak2 gembira.. Banyak lagi tempat menanti tu..

    ReplyDelete
  14. wet world.. kt dlm msh sama kan kak zefa, cuma entrance die saja yg dh berwajah baru... :)

    kak zefa duk shah alam kan..., sec brp ? hiks mcm dekat jer...

    ReplyDelete
  15. owhh....sekali ganda naik harga tiket 2..huhu


    :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...