Follower

Tuesday, December 20, 2011

Duka Kembali Di Hati Ibu.. Lantaran Nipisnya Kesabaran..


Luahan hati seorang ibu.. Moga-moga kan lebih beringat..

Allahu Akbar! Allah Yang Maha Besar! Ampunkan dosa-dosaku ya Allah.. 

Sesungguhnya pada ketika ini pandangan ibu kabur dek air mata yang kian bertakung di kelopak mata. Hari ini ibu 'terlanjur' lagi.. Nipisnya kesabaran tatkala anak yang dipanggil solehah, mengeluarkan kata-kata yang sungguh tidak sopan. Lantas tangan ini berdosa 'menyentuh' seorang anak yang belum cukup akalnya.

Allahu Akbar! Sesungguhnya masa tidak boleh dikembalikan. Hanya kekesalan kini bersarang di seluruh akal dan tubuh ibu. Sakit, perit, pedih.. Hanya Allah yang tahu kesakitan yang bersarang dalam jiwa.

Tidak berniat mahu membongkar kesilapan diri, namun beringatlah wahai sahabat-sahabat ku. Jangan ulangi kesilapan yang sama seperti ibu.. Memukul anak bukan jalan penyelesaian.

Ibu kongsikan di sini satu artikel, moga jadi panduan kepada kita semua; Ramai sahabat-sahabat pada pengamatan ibu sudah kongsikan artikel ini di blog masing-masing, hari ini giliran ibu pula. Sebagai peringatan kepada diri sendiri.

PANDUAN MENDIDIK ANAK CARA ISLAM

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


Aduhai anak, semoga dikau hidup dengan keperibadian mulia. Semoga akhlakmu seindah wajah kurniaan Ilahi buatmu. Ketahuilah sayang, cinta ibu padamu sepenuh hati tanpa berbelah bagi kerana Ilahi. Ibumu hanya mengharapkan yang terbaik untukmu.



12 comments:

  1. sebagai manusia biasa, sy pun tak terlepas dari memukul anak,tak terdaya kak nak mengikut semua panduan mendidik anak secara islam tu..semuanya kerana nipisnya kesabaran..

    kadang2 anak2 perlu jugak dipukul utk memberi pengajaran supaya dia igt dan takkan lakukan lg smp bila2..ini en suami yg kata..:)

    ReplyDelete
  2. sayang ibu hingga ke akhir hayat... saya sayang ibu saya

    ReplyDelete
  3. bukan senang nak mendidik anak kan.. besarnya pengorbanan ibu.. wahai anak2 sekalian.. jangan la lupa akan jasa ibumu sampai bila2..

    ReplyDelete
  4. memang sukar kadang-kadang nak mengatasi ketidaksabaran. akhirnya diri sendiri rasa bersalah kerana mereka masih belum boleh berfikir dengan matang

    ReplyDelete
  5. saya pun adakalanya 'terbabas' dek kerana kesabaran yg nipis. Peringatan utk kita bersama: jgn sampai jadi terbiasa,sebab biasanya bila dah buat sekali pasti akan berulang utk kali-kali ke seterusnya.

    ReplyDelete
  6. Semua manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.... Insya Allah, belajarlah dari kesilapan yang telah dilakukan....
    Moga kita sama-sama belajar untuk menjadi ibu yang terbaik... Terima kasih atas perkongsian maklumat.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, mummy pun sering melakukan kesilapan yang sama.. terima kasih kongsikan panduan

    ReplyDelete
  8. memang ada masanya kita kurang tahap kesabaran dengan anak2. sy pun. bila dah bg amaran tu buar derk je mula la nak hangin. kalau sekali tak apa. kalau lebih 3x buat tak reti je kejap lagi siap la. dlm pd tu cuba jgk berlembut.

    ReplyDelete
  9. huhu.terkesan saya baca entri ini..saya pon pernah terbabas juga..moga kita diberi kesabaran yg tinggi..

    ReplyDelete
  10. itulah namenye ibukan kak zefa..dan semestinye kesabaran ibu lain dgn ayah..Allah buat cantik..jgn risau..takde yag salah..semue lumrah alam ;)

    ReplyDelete
  11. Subhanallah..minta izin share kat blog ye, ibu..ummi akan back link..timekasih..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...