Follower

Thursday, December 1, 2011

Muhammad Yusuf Nabhan 7 Tahun..


Tarian jemari seorang ibu.. penuh rasa syukur..

Sukur pada Mu Ya Allah, atas kurniaanMu yang tidak terhingga. Limpahan kasih sayang dan kebahagiaan yang Kau berikan padaku.

Hari ini 30 November 2011 anakanda soleh Muhammad Yusuf Nabhan genap berusia 7 tahun. Selamat hari lahir abang. Semoga abang menjadi anak yang soleh, dilimpahi rahmat Ilahi, diberikan kesihatan, kecemerlangan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.

Malam tadi, ibu dan ayah bawa besday boy jalan-jalan cari hadiah dan makan-makan. Tapikan, ada gegel tu yang ala-ala besday girl juga. Buka ala-ala lagi, tapi terlebih sudah.. Huhuhu..

Mehla kita layan picas bagi tak boring.. Kalau cerita je mesti tak berapa best kan? Tapi sedikit sadis, gambar shooping hadiah di The Store Plaza Alam Sentral terdelete sudah.. Layan je apa yang ada ye..
 

 Dua lelaki yang ibu sayangi.. Cinta kerana Ilahi.. Moga cinta yang bersemi antara kita kekal hingga ke sana..

Anakanda soleh ibu request nak makan ayam panggang. Maka rezeki makan malam kami di Kenny Rogers juga di Plaza Alam Sentral..


Ni anakanda solehah yang sudah lebih dari besday boy.. Sama-sama pink itu ibu dan anak. Hihi..
 

 Abang Yusuf punya..


 Ibu punya.. kongsi denga adik..


Ayah punya.. pun kongsi dengan adik..

Ya Allah.. ibu dah tak tahan zzzzzzzzz sangat dah ni. Dah jam 12.00 lebih rupanya. InsyaAllah, n3 ni akan disambung besok ya.. Publish dulu mana yang ada.. :D



8 comments:

  1. suka ke KR. sgt suka makaroni & cheesenya.

    Selamat Hari Lahir Nubhan! semoga jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  2. Selamat HAri Jadi Muhammad Yusof.......

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah, dah genap 7 tahun ye smlm.. hari ni jadi lah 7 tahun 1 hari.. ehehe.. teringat je time bersalinkan anak kecil dulu kan.. :) tak sangka dah besar..

    semoga adik Muhammas Yusuf Nabhan sentiasa cemerlang dan berjaya dalam apa juga yg di ceburi.. aminnnn

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir utk anakanda Yusuf..Semoga mnjadi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  5. Happy birthday abang!! Semoga menjadi anak yang soleh,Amin

    ReplyDelete
  6. abg yusuf,selamat hari lahir.teruskan menjadi anak solehah di dunia dan akhirat..:)

    ReplyDelete
  7. Hepi besday yusuf..moga membesar menjadi anak yg soleh n pintar...amin....

    ReplyDelete
  8. same tarikh dgn pak andak muhammad ;)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...